Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ipd Ampang Juara Bola Sepak Piala Ydh Dato Ketua Polis Selangor

Published: 10 Jun 2014 7.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pasukan IPD Ampang Jaya telah menjuarai acara ini apabila berjaya menewaskan Pasukan IPD Subang Jaya dengan sepakan penalti 4 – 1..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipd-ampang-juara-bola-sepak-piala-ydh-dato-ketua-polis-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:29 MYT
Bangi, 18 Januari 2011 - Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah diberi kepercayaan bagi menganjurkan acara sukan berprestij iaitu bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Selangor. Kejohanan yang disertai oleh 13 buah pasukan ini telah diadakan secara liga bagi merebut Piala KP Selangor.

    Majlis perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor di Stadium Mini Seksyen 15, Bangi. Turut hadir SAC Dato' Jamaluddin b. Abd. Majid, Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua-ketua Jabatan Selangor dan Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor serta pegawai dan anggota dari seluruh kontinjen Selangor.

    YDH Timbalan Ketua Polis Selangor dalam ucapan penutupan berharap kejohanan yang dianjurkan ini bukan sahaja sebagai medan unutk mencari dan memilih pemain yang akan mewakili Kontinjen Selangor malah dapat mengeratkan lagi semangat kekeluargaan di kalangan pegawai dan anggota di Selangor.

    Pasukan IPD Ampang Jaya telah menjuarai acara ini apabila berjaya menewaskan Pasukan IPD Subang Jaya dengan sepakan penalti 4-1. YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. 

Ipd Ampang Juara Bola Sepak Piala Ydh Dato Ketua Polis Selangor
YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor diperkenalkan dengan pasukan perlawanan akhir IPD Ampang Jaya..

Sepak mula oleh YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor sempena Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Ketua Polis Selangor..

Ipd Ampang Juara Bola Sepak Piala Ydh Dato Ketua Polis Selangor
Ucapan perasmian penutupan oleh YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor..

Ipd Ampang Juara Bola Sepak Piala Ydh Dato Ketua Polis Selangor
YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor menyampaikan piala kepada YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, KPD Ampang Jaya dan turut sama YDH SAC Abd.Jalil bin Hassan Mantan KPD Ampang Jaya..

Ipd Ampang Juara Bola Sepak Piala Ydh Dato Ketua Polis Selangor
Piala Ketua Polis Selangor milik IPD Ampang Jaya, Selangor..

Teks & Gambar : Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Ampang Jaya, Selangor.
ArticlePublished 10 Jun 2014 7.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM