Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelan Anti Keganasan Pdrm Dan Amerika Syarikat

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Timbalan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur yang juga merupakan Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Krisis Dan Bencana, SAC Mohd Shahrizan b. Che Mat berkata kerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat dal..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelan-anti-keganasan-pdrm-dan-amerika-syarikat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

KUALA LUMPUR, 21 JANUARI - Timbalan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur yang juga merupakan Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Krisis Dan Bencana, SAC Mohd Shahrizan b. Che Mat berkata kerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat dalam mewujudkan inisiatif menentang keganasan akan diteruskan dalam masa akan datang.

Beliau berucap semasa Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengurusan Insiden Kritikal di Maktab PDRM Kuala Lumpur pada hari ini yang turut disertai 16 pegawai kanan PDRM, 2 pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat, 2 pakar perubatan hospital, 2 pegawai Jabatan Pertahanan Awam, 1 pegawai Majlis Keselamatan Negara dan 1 Pegawai Jabatan Kimia dari seluruh negara.

Dalam ucapannya juga, beliau menjelaskan negara kita amnya kurang pengetahuan dalam pengendalian insiden kritikal yang melibatkan pengganas dan bencana yang memerlukan pelan dan tindakan segera.

Menurutnya lagi, negara perlu ada persediaan dan pengetahuan yang mencukupi dalam menghadapi sebarang bentuk tindakan pengganas serta lain-lain insiden kritikal, dan penganjuran kursus seperti ini amat bersesuaian pada masanya.

Kursus Pengurusan Insiden Kritikal

Kursus ini adalah anjuran bersama Jabatan Negara Amerika Syarikat, Program Bantuan Anti Keganasan, Pusat Pengajian Pengurusan Krisis & Bencana dan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat bermula 10 Januari hingga 21 Januari 2011.

Dikendalikan oleh Baca Gilbert C, Catlett JM dan Edward Day dari Program Bantuan Anti Pengganas Amerika Syarikat, kursus ini dilaksanakan tidak hanya tertumpu kepada pegawai PDRM, malahan juga kepada pegawai-pegawai di setiap peringkat pengurusan kecemasan, pegawai perkhidmatan awam yang mana pegawai tersebut bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengurus tindakan dalam waktu darurat.

Peserta kursus diberi pendedahan melalui siri kuliah merangkumi topik hak asasi manusia, trend dalam keganasan, pengambilan keputusan, perancangan insiden kritikal, dasar dan penyelarasan, perintah dan kawalan dan lain-lain.

Selain itu, peserta diberi tajuk perbincangan kajian kes dan semasa dalam aktiviti kumpulan kecil, juga dieksplorasikan dengan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindungi kehidupan dan memenuhi keperluan manusia sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana.

Kesimpulan kursus ini, peserta harus berupaya menyusun dasar untuk perancangan, pengorganisasian dan pentadbiran operasi, mengenalpasti sumber daya yang diperlukan dalam krisis, menentukan dasar dan perancangan bagi pasukan PDRM.


Pelan Anti Keganasan Pdrm Dan Amerika Syarikat
Seramai 24 pelatih kursus hadir semasa majlis penutup..

Pelan Anti Keganasan Pdrm Dan Amerika Syarikat
YDH SAC Dato' Fatimah binti Ghazali mewakili pelatih kursus menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pengendali kursus..

Pelan Anti Keganasan Pdrm Dan Amerika Syarikat
Ucapan daripada Wakil Kedutaan Amerika Syarikat..

Pelan Anti Keganasan Pdrm Dan Amerika Syarikat
Ucapan oleh Pengendali Kursus Gilbert Baca C..

Pelan Anti Keganasan Pdrm Dan Amerika Syarikat
Ucapan Penghargaan daripada YDH SAC Mohd Shahrizan bin Che Mat Din, Timbalan Komandan Maktab PDRM..

Pelan Anti Keganasan Pdrm Dan Amerika Syarikat
Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Kursus kepada para peserta kursus..


Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : Konst Raymond bin Martin
Penyunting : Insp Haslina binti Mohd Nor

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM