Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
"Bertugaslah dengan semangat, bertanggungjawab dan janganlah calarkan penugasan yang 15 tahun dilakukan dengan amat cemerlang dan mendapat pengiktirafan dunia", antara kata-kata dan amanat oleh Supt. ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bersemangat-menjalankan-tugas-untuk-le-tour-de-langkawi-edisi-ke-16-tahun-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011

Langkawi, Kedah - 22 Januari 2011.

Tidak sabar memulakan penugasan untuk Le Tour de
Langkawi 2011 (LTdL 2011) edisi ke-16, yang akan memulakan cabarannya pada 23 Januari hingga 1 Februari 2011, semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah siap siaga 3 bulan yang lalu untuk memulakan tugas ini.

Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia yang telah sinonim dengan pelaksanaan tugas mengawal kelicinan perjalanan perlumbaan Le Tour de Langkawi sejak tahun 1996, telah diberikan kepercayaan sekali lagi untuk melaksanakan tugas berat ini bagi memastikan kawalan lalulintas berjalan lancar dan keselamatan pelumba Le Tour de Langkawi 2011 serta orang ramai berada di tahap yang tinggi.

Seramai 177 orang pegawai dan anggota terlibat di dalam penugasan Le Tour de Langkawi 2011, dipilih khas dari penilaian ketahanan mental dan fizikal, telah dibentuk terdiri dari Cawangan Trafik Bukit Aman, Cawangan Trafik Kontinjen, Unit Udara, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Tugas Am.

Kesemua unit ini di bahagikan kepada 3 kumpulan, Konvoi Perlumbaan (Race Escort), Konvoi Cavalcade (Cavalcade Escort) dibawah Cawangan Trafik dengan kekuatan 112 orang,  Pasukan Keselamatan (Police Security) dengan kekuatan 50 orang dan juga Unit Udara PDRM (Police Air Wing ) dengan kekuatan 15 orang.

Kesemua tiga kumpulan ini digabungkan dan diketuai oleh YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan selaku Pegawai Pemerintah dan dibantu oleh Supt. Hamzah bin Ahmad, Penolong Pegawai Pemerintah dan Pegawai Medan pula ialah DSP Md. Dali bin Wahid
.

Cawangan Trafik dan Pasukan Keselamatan (Police Security) telah memulakan penugasan pada 19 Januari 2011, di mana pegawai dan anggota melaporkan diri pada jam 8.00 pagi di Hotel Midah, Kuala Lumpur.

Di sini, semua pegawai dan anggota Polis Trafik memulakan penugasan dengan membuat pemeriksaan dan menyelenggara kenderaan yang terlibat, iaitu 5 buah MPV dari pihak penganjur (Command Car), 71 buah motosikal (Honda ST 1300/VFR 800 cc), 2 kenderaan sumbangan Proton untuk 'team Calvacade', 3 Van
dan 2 lori serta 1 kenderaan Proton Perdana untuk HOD  PDRM (Head of Department)

Selain itu, anggota juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk penugasan seperti memasang set 'walkie talkie', menyelenggara dan membuat persediaan peralatan/kenderaan motosikal dan Command Car, pengagihan peralatan seperti jaket, seluar dan topi keledar serta lain-lain penugasan seperti menentukan kebersihan kenderaan setiap hari, 'medical team', penolong pegawai penyiasat sekiranya berlaku kemalangan dan juga pentadbiran yang menguruskan penginapan dan juga makan minum petugas.

Seawal jam 6.30 pagi, 20 Januari 2011, satelah sesi melakukan regangan ringan , menyanyikan 2 buah lagu, 'Negaraku' dan 'Polis Sedia Berkhidmat' serta doa selamat, konvoi Cawangan Trafik telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Balai Polis Kuala Kedah, Alor Star dan sampai di hotel penginapan, Grand Continental, Pulau Langkawi pada jam 6.00 petang.

Perjalanan sejauh lebih kurang 300 km, melalui lebuh raya Utara-Selatan Plus, dalam cuaca yang panas terik, merupakan satu cabaran awal kepada rider-rider motosikal. Walaupun tiga suasana panas yang diharungi iaitu panas jalan, panas enjin motosikal dan juga panas matahari, konvoi telah selamat sampai di Balai Polis Kuala Kedah pada jam 2.30 petang. Sepanjang perjalanan, konvoi telah berhenti dua kali untuk mengisi minyak, iaitu di Sg. Perak dan juga Gurun.

Keesokkannya, dua hari berturut-turut, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kelas taklimat perlumbaan dan juga pembelajaran tugas eskot (Konvoi Perlumbaan/Cavalcade) dan juga tatacara penggunaan bendera dan wisel  telah dikendalikan oleh penyelia-penyelia serta pegawai trafik yang berpengalaman luas dalam Le Tour de Langkawi, di Dewan Enggang 2, Grand Continental Hotel.

Supt. Hamzah bin Ahmad, Pegawai Turus Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman merangkap Penolong Pegawai Pemerintah telah hadir, mewakili Ketua Trafik Pasukan, memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada semua petugas yang terlibat di dalam Le Tour de Langkawi 2011, terdiri dari Konvoi Perlumbaan (Race Escort), Konvoi Cavalcade (Cavalcade Escort), Pasukan Keselamatan (Police Security) dan juga Unit Udara PDRM (Police Air Wing ).

"Saya berharap agar semua petugas bekerja dengan bersungguh-sungguh demi untuk maruah negara kerana kita adalah pembawa maruah negara"

"Bertugaslah dengan semangat, bertanggungjawab dan janganlah calarkan penugasan yang 15 tahun dilakukan dengan amat cemerlang dan mendapat pengiktirafan dunia", antara kata-kata dan amanat oleh Supt. Hamzah bin Ahmad.


Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Taklimat oleh pegawai-pegawai serta penyelia-penyelia dari Cawangan Trafik PDRM yang berpengalaman dalam penugasan Le Tour de Langkawi sejak tahun 1996

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Pengagihan Buku Hotel Guide dan Manual Race kepada setiap petugas

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Bekerjasama...

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011 
Barang-barang keperluan lain untuk setiap petugas-petugas seperti jaket, kasut, topi kaledar, sarung tangan dan juga T-shirt

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Panggil Nama...sebelum bergerak ke Kuala Kedah

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Melakukan regangan sebelum menunggang motosikal....ketahanan fizikal dan mental amat dititikberatkan dalam penugasan LTdL 2011

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Doa selamat...

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Mengisi minyak di Stesyen Petronas Sungai Perak

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Berihat seketika untuk sarapan pagi...

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Taklimat sebelum meneruskan perjalanan ke Gurun

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Konvoi melalui jambatan merentasi Sungai Perak

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Rehat seketika dan taklimat ringkas oleh Sub Inspektor Alias bin Mat dan Sjn Abdul Aziz Harun di Gurun

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Sususnan deretan motosikal dengan teratur...

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Segak bergaya dengan Honda ST 1300 dan jaket baru untuk LTdL 2011

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Taklimat awal setibanya di Langkawi

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Sub Inspektor Alias bin Mat berpengalaman 15 tahun dalam LTdL sejak tahun 1996... kata amanatnya, ingat 3 K, Keselamatan, Keadaan muka bumi dan Keputusan yang tepat.

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Sjn Abdul Aziz mengajar cara-cara pengendalian bendera dan tiupan wisel

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Supt. Hamzah hadir untuk menyampaikan amanat YDH Ketua Trafik Pasukan

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Pegawai=pegawai dari Unit Udara PDRM juga turut hadir

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Supt. Hamzah bin Ahmad ditemuramah oleh RTM

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Pilot 1, ASP Shaifulizan bin Sulaiman juga adalah 'orang lama' dalam LTdL...



Corat coret...

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Iklan...'Goddies' untuk orang ramai, sumbangan dari Cawangan Perhubungan Awam, HEA IPK Selangor dan Urusetia NKRA KDN/KA

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Mee goreng, kuih karipap, nasi lemak...mengantuk

 Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
jom makan...

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Bro, apa yang sumbat dalam beg nie, berat betul..

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Kita semua 1 Malaysia...

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
pandang sini...halusssss

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
'Macamana aku nak tutup simpang 4  ni bila tiba kat Simpang Empat, Alor Gajah nanti...

Bersemangat Menjalankan Tugas Untuk Le Tour De Langkawi Edisi Ke 16 Tahun 2011
Kita tutup lorong ni semua, kucing pun tak boleh lintas...


Pemberita  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto     : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM