Artikel
Ipd Ampang Juara Bola Sepak Piala Ydh Dato Ketua Polis Selangor
Pasukan IPD Ampang Jaya telah menjuarai acara ini apabila berjaya menewaskan Pasukan IPD Subang Jaya dengan sepakan penalti 4 – 1..
Bangi, 18 Januari 2011 - Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah diberi kepercayaan bagi menganjurkan acara sukan berprestij iaitu bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Selangor. Kejohanan yang disertai oleh 13 buah pasukan ini telah diadakan secara liga bagi merebut Piala KP Selangor.
Majlis perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor di Stadium Mini Seksyen 15, Bangi. Turut hadir SAC Dato' Jamaluddin b. Abd. Majid, Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua-ketua Jabatan Selangor dan Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor serta pegawai dan anggota dari seluruh kontinjen Selangor.
YDH Timbalan Ketua Polis Selangor dalam ucapan penutupan berharap kejohanan yang dianjurkan ini bukan sahaja sebagai medan unutk mencari dan memilih pemain yang akan mewakili Kontinjen Selangor malah dapat mengeratkan lagi semangat kekeluargaan di kalangan pegawai dan anggota di Selangor.
Pasukan IPD Ampang Jaya telah menjuarai acara ini apabila berjaya menewaskan Pasukan IPD Subang Jaya dengan sepakan penalti 4-1. YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor diperkenalkan dengan pasukan perlawanan akhir IPD Ampang Jaya..

Sepak mula oleh YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor sempena Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Ketua Polis Selangor..

Ucapan perasmian penutupan oleh YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor..

YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor menyampaikan piala kepada YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, KPD Ampang Jaya dan turut sama YDH SAC Abd.Jalil bin Hassan Mantan KPD Ampang Jaya..

Piala Ketua Polis Selangor milik IPD Ampang Jaya, Selangor..
Teks & Gambar : Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Ampang Jaya, Selangor.