Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Inspektor Hamidah Gondol Keseluruhan Terbaik Skuad 2 2007

Published: 09 Jun 2014 8.04 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
Kuala Lumpur - 31 Mei 2008 - Insp. P/18697 Hamidah Mohd Nasir diumumkan sebagai pemenang hadiah Keseluruhan Terbaik pada Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Skuad Inspektor 2/2007 di Dataran Kawa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/inspektor-hamidah-gondol-keseluruhan-terbaik-skuad-2-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:52 MYT

Kuala Lumpur - 31 Mei 2008 - Insp. P/18697 Hamidah Mohd Nasir diumumkan sebagai pemenang hadiah Keseluruhan Terbaik pada Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Skuad Inspektor Siri 2/2007 di Dataran Kawat, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Inspektor Hamidah, 25 anak jati Raub , Pahang memilikki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memang sukakan cabaran dan pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah di tempat kelahiran beliau. Atas dorongan kakaknya yang juga seorang anggota polis beliau telah memohon dan berjaya menyertai latihan asas Inspektor Skuad 2/2007.

Pada majlis itu , seramai 203 pelatih menerima sijil kursus Asas Inspektor yang telah disampaikan oleh Dato' Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Sesi kali ini mencatat sejarah kerana merupakan paling ramai atau 75 peratus yang tamat latihan adalah lulusan institusi pengajian tinggi (IPT) dan selebihnya berkelulusan Sijil Tingi Pelajaran (STP).

Sementara itu Terbaik Akademik telah disandang oleh Inspektor I/18686 Wong Ji Sue yang tertarik memilih profesion polis kerana meminati siri penyiasatan Crime Scene Investigation (C.S.I) dan filem-filem kepolisan Hong Kong. Kerana minat itu, beliau juga menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) semasa menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Turut memenangi pelatih terbaik ialah Inspektor Yusrezal Mohd Yusof bagi kategori Terbaik Latihan Luar Lelaki dan Inspektor Kosnaliza Hj. Wasli kategori Terbaik Latihan Luar Wanita

Hadir sama pada majlis tersebut ialah YDH Dato' Abd. Razak Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM,  SAC II Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan Pulapol Kuala Lumpur, ahli keluarga Skuad Inspektor Siri 2/2007 dan wakil-wakil media.

Inspektor Hamidah Gondol Keseluruhan Terbaik Skuad 2 2007
Insp. P/118697 Hamidah Mohd Nasir bersama ibu bapanya meraikan kejayaan apabila telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah Keseluruhan Terbaik pada Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Skuad Inspektor Siri 2/2007.

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.04 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM