Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Indeks Jenayah Sabah Turun Lima Peratus Sehingga Bulan Lepas

Published: 18 Jun 2014 5.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Kota Belud, 16 Nov - Indeks jenayah di Sabah turun hampir lima peratus dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini kepada 4,838 kes berbanding 5,084 bagi tempoh sama tahun lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-sabah-turun-lima-peratus-sehingga-bulan-lepas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:21 MYT

Kota Belud, 16 Nov - Indeks jenayah di Sabah turun hampir lima peratus dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini kepada 4,838 kes berbanding 5,084 bagi tempoh sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kadar penyelesaian kes pula ialah 46.07 peratus.

Dengan penurunan kes dan kadar penyelesaian itu membolehkan polis kontinjen Sabah mencapai Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berterima kasih kepada rakyat atas komitmen mereka mengekalkan keamanan dan keselamatan di Sabah terutama menerusi penyertaan Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).

Beliau berucap dalam majlis pelancaran Program 'Crime Awareness Day 2013 Kembara Bermotosikal' yang dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman Datuk Ayub Yaakob yang turut hadir, memuji 1,600 rakyat Sabah yang mendaftar sebagai PVR.

Anggota PVR ini akan bersama-sama polis untuk mencegah jenayah terutama jenayah jalanan dan pecah rumah, katanya.

Terdahulu, Mohd Salleh dalam ucapannya meminta rakyat, terutama di kota Belud agar sentiasa peka dengan aspek keamanan dan membantu polis khususnya dalam penyaluran maklumat mengenai jenayah.

"Tindakan proaktif seperti itu merupakan langkah terbaik bagi membolehkan pihak polis menangani, mencegah dan membanteras sebarang kegiatan jenayah dengan pantas," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM