Pancaragam Pdrm Berkualiti Dan Disegani
Kuala
Lumpur, 2 Julai 2012 - Pancaragam PDRM sebuah nama yang cukup masyhur
bahkan menjadi contoh kumpulan pancaragam terbaik di dalam mahupun di
luar negara.
Berbekalkan
reputasi yang cemerlang, tidak hairanlah apabila Pancaragam PDRM telah
dijemput untuk membuat persembahan di Festival Internasional Military
Tatoo 21st yang bakal berlangsung di Modena,Italy.
Justeru
itu, bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur,
Pancaragam Pusat PDRM telah mengadakan sebuah majlis Pra-Tonton bagi
menguji kesiap-siagaan mereka sebelum beraksi di pentas antarabangsa.
Persembahan
ini menjadi tanda aras kepada kualiti persembahan pancaragam
PDRM supaya terus menjadi sebuah pasukan pancaragam yang disegani selain
mengharumkan nama negara serta membawa jenama PDRM ke satu tahap yang
lebih tinggi
Turut
hadir dalam majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Hj. Abdul Rahim bin Hj.
Hanafi,Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan), YDH SAC Dato' Zaleha
binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan(Pentadbiran),YDH SAC
Zulkifli bin Mohamed, Komandan Pulapol Kuala Lumpur, dan Pegawai-pegawai
kanan PDRM.

YDH IG Tan Sri Hj.Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara menonton persembahan.

Bacaan doa selamat bagi memberkati majlis.
.
Persembahan yang kemas dan mantap.

Hujan yang turun tidak menganggu mutu persembahan.


Kemas dan seragam.

Nyanyian solo yang diringi pancaragam.






Kepelbagaian persembahan yang bakal dipertotonkan..



Persembahan dalam Dewan.

YDH IG Tan Sri Hj.Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara menonton persembahan.

YDH IG Tan Sri Hj.Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Bergambar kenangan.
Wartawan dan Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi.