Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Himpunan Keluarga Besar Skuad 69

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Cheras - 28 Jun 2008. Malam Himpunan 'Keluarga Besar' Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), berlangsung di Dewan Serbaguna, Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/himpunan-keluarga-besar-skuad-69
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:36 MYT

Cheras - 28 Jun 2008. Malam Himpunan 'Keluarga Besar' Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), berlangsung di Dewan Serbaguna, Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor.

Majlis dirasmikan oleh YDH SAC II Rosli Mohd Nizam, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor, menghimpunkan bekas anggota Skuad 69 yang menyertai pasukan polis pada 8 Jun 1969.

Majlis yang bertemakan 'Seimbas Kenangan, Semekar Ingatan' menghimpunkan lebih 600 pegawai dan anggota yang telah bersara dari perkhidmatan polis membawa bersama-sama ahli keluarga, malahan ada yang membawa cucu dan cicit ke majlis tersebut.

Pada malam tersebut suasana di Dewan Serbaguna Markas Briged Tengah PGA itu seolah-olah suatu pesta besar-besaran. Kelihatan ikatan persahabatan begitu erat. Berpeluk dan bertampar serta bergurau senda tanda hubungan silaturahim yang begitu utuh yang seharusnya dicontohi oleh setiap lapisan pegawai dan anggota, samada yang telah bersara atau pun masih berkhidmat dalam PDRM.

Ketika menyampaikan ucapan aluan meraikan para hadirin, Sub Insp. (B) Hashimi Haron Pengerusi Ahli Jawatankuasa Perhimpunan Skuad 69 PDRM, merasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh semua anggota Skuad 69.

"Saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Melalui perhimpunan sedemikian dapat menghimpunkan bilangan ahli keluarga yang ramai dan boleh dipanggil 'Keluarga Besar' Skuad 69 PDRM", kata Hashimi Haron sambil berjanji akan meneruskan perhimpunan sedemikian sehingga ke akhir hayat.

Pada malam itu, dua orang anggota masing-masing menerima sebuah kerusi roda sumbangan Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM yang disampaikan oleh SAC II Rosli Mohd Nizam.

Jelas dapat disaksikan, makanan dan minuman yang dihidangkan pada malam itu, bukan menjadi keutamaan para hadirin. Mereka lebih banyak berborak bersama rakan-rakan seperjuangan mengimbau kembali nostalgia silam ketika berkhidmat dalam pasukan polis terutama di zaman darurat dan ketika berjuang menghapuskan pengganas komunis pertualang negara.

Himpunan Keluarga Besar Skuad 69
Sub Insp. (B) Hj. Md. Yassin Md. Jani (berkerusi roda) sayu menyambut ketibaan YDHSAC II Rosli Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA di atas kesudian beliau hadir seterusnya merasmikan Malam Himpunan Skuad 69 PDRM.

Himpunan Keluarga Besar Skuad 69
Tabahkan hati .... YDH SAC II Rosli Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA menasihati dua anggota bekas Skuad 69 agar terus tabah menghadapi dugaan kehidupan yang menerima kerusi roda hasil sumbangan Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM.

Himpunan Keluarga Besar Skuad 69
Ahli Jawatankuasa Malam Himpunan Skuad 69 PDRM bergambar kenangan bersama YDH SAC II Rosli Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA selepas acara perasmian.

Himpunan Keluarga Besar Skuad 69
'Keluarga Besar' ..... Isteri, anak serta cucu bekas anggota Skuad 69 menjamu selera menikmati hidangan yang disediakan pada Malam Himpunan Skuad 69 PDRM.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM