| Petaling
Jaya - 26 Jun 2008. Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji
Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia telah mengadakan lawatan ke rumah
PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor. Ketibaan
Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad telah disambut
oleh Y.Bhg. Datin Imran Binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Selangor,
Y.Bhg. Puan Baidzura binti Busu, Pengerusi PERKEP IPD Petaling Jaya
serta ahli-ahli PERKEP. Turut hadir di Majlis
Lawatan tersebut ialah Y.Bhg. Puan Sri Suriati binti Md Sobri, Naib
Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari,
Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan serta ahli-ahli PERKEP dari Bukit
Aman.
Lawatan
Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad, Pengerusi
PERKEP Malaysia telah dapat menyemarakkan semangat dikalangan warga
PERKEP Petaling Jaya untuk terus bersatu pada dalam suasana kekeluargaan
dan muhibbah serta bergerak dengan semangat dan azam untuk menuju ke
arah kemajuan demi kepentingan dan faedah ahli-ahli serta keluarga.
Ianya sejajar dengan tujuan penubuhan PERKEP untuk menggalakkan perasaan
berbaik-baik dan semangat persaudaraan dikalangan ahli-ahlinya,
menambahkan pengetahuan dan menyediakan satu saluran penyelesaian
masalah rumahtangga ahli-ahli PERKEP.
Di
Majlis Lawatan ke rumah PERKEP Petaling Jaya, telah di adakan
demontrasi gubahan bunga, kristal mutiara, gubahan buah-buahan dan juga
kraftangan. tetamu juga dihiburkan dengan nyanyian nasyid dan
persembahan tarian. 
dari
kanan...Y.Bhg. Puan Baidzura binti Busu, Pengerusi PERKEP IPD Petaling
Jaya, , Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP
Jabatan Pengurusan,Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji
Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia , Y.Bhg. Puan Sri Suriati binti Md
Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia dan Y.Bhg. Datin Imran Binti
Ibrahim, Pengerusi PERKEP Selangor. 
Ucapan Alu-aluan oleh Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia 
Bergambar kenangan bersama Ahli-ahli jawatankuasa 
Melihat gubahan gubahan di Rumah PERKEP Petaling Jaya 
Memotong Pulut Kuning.... |