| Cheras -
28 Jun 2008. Malam Himpunan 'Keluarga Besar' Skuad 69 Polis Diraja
Malaysia (PDRM), berlangsung di Dewan Serbaguna, Markas Briged Tengah
Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor. Majlis
dirasmikan oleh YDH SAC II Rosli Mohd Nizam, Komander Briged Tengah
Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor, menghimpunkan bekas anggota Skuad
69 yang menyertai pasukan polis pada 8 Jun 1969. Majlis
yang bertemakan 'Seimbas Kenangan, Semekar Ingatan' menghimpunkan lebih
600 pegawai dan anggota yang telah bersara dari perkhidmatan polis
membawa bersama-sama ahli keluarga, malahan ada yang membawa cucu dan
cicit ke majlis tersebut. Pada
malam tersebut suasana di Dewan Serbaguna Markas Briged Tengah PGA itu
seolah-olah suatu pesta besar-besaran. Kelihatan ikatan persahabatan
begitu erat. Berpeluk dan bertampar serta bergurau senda tanda hubungan
silaturahim yang begitu utuh yang seharusnya dicontohi oleh setiap
lapisan pegawai dan anggota, samada yang telah bersara atau pun masih
berkhidmat dalam PDRM. Ketika
menyampaikan ucapan aluan meraikan para hadirin, Sub Insp. (B) Hashimi
Haron Pengerusi Ahli Jawatankuasa Perhimpunan Skuad 69 PDRM, merasa
terharu dengan sambutan yang diberikan oleh semua anggota Skuad 69. "Saya
amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Melalui perhimpunan
sedemikian dapat menghimpunkan bilangan ahli keluarga yang ramai dan
boleh dipanggil 'Keluarga Besar' Skuad 69 PDRM", kata Hashimi Haron
sambil berjanji akan meneruskan perhimpunan sedemikian sehingga ke akhir
hayat. Pada
malam itu, dua orang anggota masing-masing menerima sebuah kerusi roda
sumbangan Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM yang
disampaikan oleh SAC II Rosli Mohd Nizam. Jelas
dapat disaksikan, makanan dan minuman yang dihidangkan pada malam itu,
bukan menjadi keutamaan para hadirin. Mereka lebih banyak berborak
bersama rakan-rakan seperjuangan mengimbau kembali nostalgia silam
ketika berkhidmat dalam pasukan polis terutama di zaman darurat dan
ketika berjuang menghapuskan pengganas komunis pertualang negara.  Sub
Insp. (B) Hj. Md. Yassin Md. Jani (berkerusi roda) sayu menyambut
ketibaan YDHSAC II Rosli Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA di atas
kesudian beliau hadir seterusnya merasmikan Malam Himpunan Skuad 69
PDRM.  Tabahkan
hati .... YDH SAC II Rosli Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA
menasihati dua anggota bekas Skuad 69 agar terus tabah menghadapi dugaan
kehidupan yang menerima kerusi roda hasil sumbangan Persatuan Kebajikan
Bekas Anggota Skuad 69 PDRM.  Ahli
Jawatankuasa Malam Himpunan Skuad 69 PDRM bergambar kenangan bersama
YDH SAC II Rosli Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA selepas acara
perasmian.  'Keluarga
Besar' ..... Isteri, anak serta cucu bekas anggota Skuad 69 menjamu
selera menikmati hidangan yang disediakan pada Malam Himpunan Skuad 69
PDRM. |