Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang

Published: 11 Jun 2014 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya menyeru kepada semua warga PDRM untuk meneruskan usaha-usaha dan konsep elemen 4P untuk menerangkan kepada rakyat, 'Kami Bersama Anda' dalam ertikata lain meyakinkan kepada orang ramai bahawa kit..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/high-profile-policing-ketua-polis-negara-di-pasar-awam-ayer-hitam-pulau-pinang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT
Ayer Hitam, Pulau Pinang - 20 April 2011  -  "Saya menyeru kepada semua warga PDRM untuk meneruskan usaha-usaha dan konsep elemen 4P untuk menerangkan kepada rakyat, 'Kami Bersama Anda' dalam erti kata lain meyakinkan kepada orang ramai bahawa kita (PDRM) mampu menjamin keselamatan nyawa dan harta benda orang ramai," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa Program 'High Profile Policing & Walkabout' bersama Ketua Polis Negara di Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya lagi, pelbagai usaha dan pendekatan telah diambil oleh PDRM, antaranya kerjasama dengan pelbagai jabatan awam dalam satu objektif menjamin keselamatan nyawa dan harta-benda orang ramai, juga penubuhan Unit Siasatan & Balai Polis Bergerak di sini yang berfungsi meningkatkan keupayaan dan kapasiti PDRM untuk mencapai objektif tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, PDRM tetap optimis mencapai matlamatnya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara selamat juga sebagai model kepada negara-negara lain dalam menunjukkan usaha dan inisiatif rakyat Malaysia yang mengutamakan keselamatan mereka.

Beliau amat berbangga berikutan sambutan dan komitmen penduduk Pulau Pinang yang amat menggalakkan dalam program yang dilancarkan di Balai Polis Ayer Hitam hari ini di mana penyertaan daripada pelbagai kaum, peringkat dan lapisan masyarakat untuk menjayakannya.

Sehubungan itu, konsep kebergantungan dan kerjasama dari kedua-dua pihak - Komuniti dan Polis dalam memperkasakan kesedaran dan aspek keselamatan sewajarnya dteruskan untuk kesejahteraan bersama, tambahnya lagi.

Di akhir ucapannya, beliau menuntut semua warga PDRM bingkas membuang tohmahan daripada masyarakat, mengukuhkan integriti dan dan terus berkhidmat kepada rakyat.

Program pada hari ini menyaksikan YDH Ketua Polis Negara dan warga-warga PDRM menjalankan sesi 'walkabout' bersama komuniti sekitar Pasar Awam Ayer Hitam seterusnya merasmikan Unit Siasatan Dan Balai Polis Bergerak di sini.

Program diakhiri dengan upacara penyerahan Mobile Card Acceptance Device (MCAD) berjumlah 1,008 unit kepada Kontinjen-kontinjen PDRM dan penyerahan surat penghargaan kepada individu-individu yang banyak membantu PDRM membanteras jenayah setempat.

Turut hadir dalam program hari ini, YDH DCP Dato' Wira Ayob bin Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang, YDH DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah, YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak, YDH SAC Dato' Tajudin bin Md Isa, Ketua Polis Perlis, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan/ Pencegahan Jenayah) , YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Mat, Pengerusi Urusetia NKRA dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta tetamu-tetamu jemputan.

Program disusuli dengan Majlis 'Meet The Men Session' bersama Ketua Polis Negara di Dewan Dato' Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada sebelah tengaharinya.

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara di Balai Polis Ayer Hitam.

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Gimik Perasmian oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Gambar sekitar High Profile Policing 'Walkabout' Ketua Polis Negara Bersama Komuniti di Pasar Awam Ayer Hitam

YDH Ketua Polis Negara diperkenalkan kepada Unit Siasatan / Balai Polis Bergerak Kontinjen Pulau Pinang

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Menandatangani plak perasmian ...

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Melapor...C/Insp Mohd Fadzli bin Mohd Napiah, Ketua Polis Balai Ayer Hitam

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Sekalung tahniah...

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan MCAD kepada YDH Ketua Polis Pulau Pinang

 High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan ... Sebanyak 20 unit MCAD diperuntukkan kepada Kontinjen Perak

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
YDH DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah menerima 20 unit MCAD

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Kontinjen Perlis menerima 10 unit MCAD...

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan plak NKRA kepada YDH ACP Farid bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat)

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Encik Koay Eng Loh menerima Surat Penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
YDH ACP Gan Kong Meng, Ketua Polis Daerah Timur Laut menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Model Mobile Card Acceptance Device (MCAD)

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Majlis 'Meet The Men Session' bersama Ketua Polis Negara di Dewan Dato' Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Sesi soal jawab...

High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Bergambar Kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara

Wartawan  : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Fansus bin Jangor
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM