Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Ketua Polis Negara dalam ucapannya pada hari menjelaskan, sejajar dengan 'Government Transformation Plan' (GTP) yang digagaskan kerajaan, warga-warga PDRM sewajarnya mengambilkira intipati gagasan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perubahan-ke-arah-memperkasakan-pasukan-dan-pemantapan-integriti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:11 MYT

Kubang Semang, Seberang Perai Tengah , 20 April 2011 -  YDH Ketua Polis Negara dalam ucapannya pada hari menjelaskan, sejajar dengan 'Government Transformation Plan' (GTP) yang digagaskan kerajaan, warga-warga PDRM sewajarnya mengambil kira intipati gagasan tersebut dalam penambahbaikan lahiriah dan jati diri seterusnya ke arah memperkasakan pasukan dan pemantapan integriti mereka.

Perubahan ini menurutnya adalah menjurus kepada peningkatan pemahaman serta pempraktikkan ilmu keagamaan, moraliti, sahsiah diri dan kualiti kepimpinan dalam setiap diri warga PDRM khususnya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan kerjasama berterusan di antara pihak polis dan masyarakat sekeliling dalam pembentukan suasana persekitaran komuniti yang selamat untuk didiami.

Beliau berucap semasa majlis jamuan makan di Madrasah Manabi'ul Ulum, Penanti sempena Program High Profile Policing & Walkabout bersama Ketua Polis Negara pada hari ini.

Program 'Walkabout' yang mengambil tempat di sekitar Pekan Penanti, Kubang Semang mendapat sambutan di luar jangkaan oleh masyarakat setempat di mana mereka dapat melihat dengan lebih dekat tokoh kepimpinan PDRM tertinggi tersebut.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar yang cukup dikenali dengan perwatakan mesranya turut melawat ke setiap kedai dan berinteraksi dengan lebih dekat dengan orang ramai yang mana peluang ini jarang sekali diperolehi oleh penduduk di sini.

Sesi 'Walkabout' ini disusuli dengan lawatan dan solat berjemaah bersama pelajar di Masjid Kubang Ulu, Kubang Semang dan penghujung program pada hari ini diakhiri dengan upacara penyampaian sumbangan kepada anak-anak penghuni Madrasah Manabi'ul Ulum, penyampaian cenderahati dan surat penghargaan kepada ketua-ketua komuniti sekitar Kubang Semang.

Program pada petang ini turut dihadiri YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang, YDH ACP Azman bin Abd Lah, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan penduduk setempat.

Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti
Wakil-wakil media bersama YDH Ketua Polis Negara di perkarangan Balai Polis Kubang Semang.

Gambar sekitar 'High Profile Policing 'Walkabout di Pekan Kubang Semang

YDH Ketua Polis Negara melawat Sekolah Rendah Islam Manabi'ul Ulum, Kubang Ulu, Bukit Mertajam

Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti
Menyampaikan takzirah setelah selesai menunaikan Solat Asar

Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti
Jamuan minum petang...

Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara

Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Al Fadil Ustaz Badrul Azhar bin Bakar, guru agama Madrasah Manabi'ul Ulum.

Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Surat Penghargaan

Perubahan Ke Arah Memperkasakan Pasukan Dan Pemantapan Integriti
YDH ACP Azman bin Abd Lah, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

Wartawan  : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Fansus bin Jangor

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM