High Profile Policing Ketua Polis Negara Di Pasar Awam Ayer Hitam Pulau Pinang
Tambahnya
lagi, pelbagai usaha dan pendekatan telah diambil oleh PDRM, antaranya
kerjasama dengan pelbagai jabatan awam dalam satu objektif menjamin
keselamatan nyawa dan harta-benda orang ramai, juga penubuhan Unit
Siasatan & Balai Polis Bergerak di sini yang berfungsi meningkatkan
keupayaan dan kapasiti PDRM untuk mencapai objektif tersebut.
Terdahulu
dalam ucapannya, PDRM tetap optimis mencapai matlamatnya untuk
menjadikan Malaysia sebagai negara selamat juga sebagai model kepada
negara-negara lain dalam menunjukkan usaha dan inisiatif rakyat Malaysia
yang mengutamakan keselamatan mereka.
Beliau
amat berbangga berikutan sambutan dan komitmen penduduk Pulau Pinang
yang amat menggalakkan dalam program yang dilancarkan di Balai Polis
Ayer Hitam hari ini di mana penyertaan daripada pelbagai kaum, peringkat
dan lapisan masyarakat untuk menjayakannya.
Sehubungan
itu, konsep kebergantungan dan kerjasama dari kedua-dua pihak -
Komuniti dan Polis dalam memperkasakan kesedaran dan aspek keselamatan
sewajarnya dteruskan untuk kesejahteraan bersama, tambahnya lagi.
Di
akhir ucapannya, beliau menuntut semua warga PDRM bingkas membuang
tohmahan daripada masyarakat, mengukuhkan integriti dan dan terus
berkhidmat kepada rakyat.
Program
pada hari ini menyaksikan YDH Ketua Polis Negara dan warga-warga PDRM
menjalankan sesi 'walkabout' bersama komuniti sekitar Pasar Awam Ayer
Hitam seterusnya merasmikan Unit Siasatan Dan Balai Polis Bergerak di
sini.
Program diakhiri dengan upacara penyerahan Mobile Card Acceptance Device (MCAD)
berjumlah 1,008 unit kepada Kontinjen-kontinjen PDRM dan penyerahan
surat penghargaan kepada individu-individu yang banyak membantu PDRM
membanteras jenayah setempat.
Program disusuli dengan Majlis 'Meet The Men Session' bersama Ketua Polis Negara di Dewan Dato' Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada sebelah tengaharinya.
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara di Balai Polis Ayer Hitam.
Gimik Perasmian oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Gambar sekitar High Profile Policing 'Walkabout' Ketua Polis Negara Bersama Komuniti di Pasar Awam Ayer Hitam
YDH Ketua Polis Negara diperkenalkan kepada Unit Siasatan / Balai Polis Bergerak Kontinjen Pulau Pinang
Menandatangani plak perasmian ...
Melapor...C/Insp Mohd Fadzli bin Mohd Napiah, Ketua Polis Balai Ayer Hitam
YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat
Sekalung tahniah...
Ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan MCAD kepada YDH Ketua Polis Pulau Pinang
YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan ... Sebanyak 20 unit MCAD diperuntukkan kepada Kontinjen Perak
YDH DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah menerima 20 unit MCAD
Kontinjen Perlis menerima 10 unit MCAD...
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan plak NKRA kepada YDH ACP Farid bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat)
Encik Koay Eng Loh menerima Surat Penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara
YDH ACP Gan Kong Meng, Ketua Polis Daerah Timur Laut menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara
Model Mobile Card Acceptance Device (MCAD)
Majlis 'Meet The Men Session' bersama Ketua Polis Negara di Dewan Dato' Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Sesi soal jawab...
Bergambar Kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Fansus bin Jangor