Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 217 Pengarah Jsj Santuni Pesakit Di Hpkk

Published: 21 May 2024 7.00 AM Updated: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini menyantuni pesakit Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-217-pengarah-jsj-santuni-pesakit-di-hpkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:50 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini menyantuni pesakit Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur tiba di pekarangan lobi Hotel Zecon, HPKK bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ, Datin Sri Ennie Salina Roseli telah disambut oleh Pengarah HPKK, Profesor Datuk Dr. Ismail Sagap dan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa.

Program anjuran JSJ dengan kerjasama HPKK ini merupakan acara tahunan dalam takwim PDRM bersempena sambutan Hari Polis Ke-217 yang bertujuan menyantuni pesakit di hospital di samping menzahirkan keprihatinan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mereka yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dato’ Sri Shuhaily yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, program sebegini dapat memberi ruang kepada warga Pasukan untuk menghulurkan sokongan moral kepada para pesakit di samping menyuntik keceriaan kepada pesakit, khususnya kanak-kanak yang diuji dengan penyakit masing-masing.

“Terima kasih kepada seluruh tenaga pakar, para doktor, jururawat dan staf-staf hospital yang tidak pernah kenal erti lelah dalam memberikan mutu perkhidmatan terbaik kepada para pesakit khususnya dalam kalangan warga PDRM yang datang mendapatkan rawatan di hospital ini,” kata beliau.

Dalam lawatan tersebut, barisan kepimpinan Pasukan dibawa menziarahi pesakit yang ditempatkan di Wad Hematologi-Onkologi, Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Wad Pediatrik Surgical dan Medical di hospital berkenaan selain turut menyampaikan 100 unit penimbang digital sebagai tanda prihatin PDRM kepada para pesakit yang dirawat di sana.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Khaw Kok Chin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Profesor Dato’ Dr. Razman Jarmin, warga kerja PDRM, UKM dan HPKK, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people, hospital and text

May be an image of 10 people and text that says 'ួយ៥ី स्् UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA The National University of Malaysia 217 HARI POLIS 2

May be an image of text

ArticlePublished 21 May 2024 7.00 AMUpdated 15 Aug 2026 8.12 PM