Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Artikel Pilihan Polis Dan Apm Sedia Dua Lori Angkut Pelajar Ke Sekolah

Diterbitkan: 21 May 2024 5.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
Ipoh, 21 Mei 2024 - Ibu Pejabat Polis Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian menyediakan dua lori bagi mengangkut 46 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai pergi dan pulang dari sekolah berikutan penutupan laluan di KM15 Jalan Selama-Bagan Serai akibat banjir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-artikel-pilihan-polis-dan-apm-sedia-dua-lori-angkut-pelajar-ke-sekolah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:11 MYT
Ipoh, 21 Mei 2024 - Ibu Pejabat Polis Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian menyediakan dua lori bagi mengangkut 46 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai pergi dan pulang dari sekolah berikutan penutupan laluan di KM15 Jalan Selama-Bagan Serai akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.

"Kita tidak mahu pelajar jadikan penutupan jalan sebagai penghalang untuk tidak hadir ke sekolah dan ini bersesuaian dengan moto Polis Diraja Malaysia iaitu "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata usaha memberi khidmat kepada pelajar terlibat akan diteruskan sehingga laluan berkenaan pulih daripada banjir dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya.

Sumber: Harian Metro dan APM Kerian

 
ArtikelDiterbitkan 21 May 2024 5.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM