Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Hrmc Bil 1 Tahun 2024

Diterbitkan: 21 May 2024 8.57 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Sumber: PDRM Pulau Pinang
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-hadir-hrmc-bil-1-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:45 MYT
Georgetown, 21 Mei 2024 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hadir ke Persidangan Pengurus Sumber Manusia (HRMC) Bil. 1 Tahun 2024 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) TIMUR LAUT, di sini, semalam.

Persidangan bersama Pengurus Sumber Manusia melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar bagi membentang dan membincangkan isu-isu berbangkit dalam tadbir urus KDN.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Sukri Kaman dan Ketua Polis Daerah IPD Timur Laut, ACP Razlam Abdul Hamid.

ArtikelDiterbitkan 21 May 2024 8.57 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM