Hari Kesedaran Jenayah Crime Awareness Day Kontinjen Selangor 2011
Petaling
Jaya, Selangor - 19 November 2011. "Untuk hidup dalam suasana aman dan
selamat, kita perlu sentiasa bekerjasama bagi memastikan persekitaran
tempat tinggal kita sentiasa bebas daripada jenayah", ucap YDH IG Tan
Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
"Penggemblengan
tenaga bersama di antara polis dan masyarakat, merupakan 'synergistic
approach' yang perlu dipupuk, merupakan satu usaha yang menyeluruh, yang
mampu mematahkan semua peluang penjenayah untuk melakukan jenayah",
tambah beliau lagi ketika menyempurnakan Majlis Hari Kesedaran Jenayah
(Crime Awareness Day) Kontinjen Selangor 2011 di The Curve, Mutiara
Damansara, Petaling Jaya.
Program
yang mensasarkan golongan muda dan belia sebagai sasaran utama untuk
diberikan kesedaran dan galakan agar belia-belia dapat memberikan
sumbangan yang positif kepada masyarakat dengan menghindarkan diri dari
perlakuan jenayah ini telah di anjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil Selangor selaku stake holder dengan memilih IPD Petaling Jaya untuk menjayakan program tersebut.
Pelbagai
acara telah di atur, bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00
petang, antaranya Seminar Belia Benci Jenayah, Forum Kesedaran Jenayah,
pertandingan Street Soccer, 3 on 3 Basketball, Freestyle Football,
Xplore Race, X-Game dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Disamping
itu juga, beberapa gerai pameran dan pertunjukkan juga di adakan di
hadapan khemah utama, iaitu pameran persenjataan PDRM, Forensik PDRM,
elemen KDN/KA (Trafik), Rakan Cops/My Distress, Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jabatan Perpaduan dan
Integrasi nasional, CAT (Crime Awareness Team-Kementerian Belia dan
Sukan), Bank Negara Malaysia dan juga pertunjukkan auto show.
"Terapkanlah
nilai dan budaya bekerjasama sebagai satu komuniti tanpa mengira
perbezaan pekerjaan, bangsa dan juga agama, dan diharap sinergi ini akan
menjadi satu kuasa bersekutu 'united force' yang kuat, yang akan
menjana semangat komuniti dalam membentuk negara majmuk yang maju dan
berjaya, seterusnya menggerunkan penjenayah', akhiri ucapan oleh YDH
Ketua Polis Negara.
Sempena
Hari Kesedaran Jenayah ini juga, YDH Ketua Polis Negara juga telah
melancarkan buku berjudul 'Beyond Policing-The Strategic Shift'. Buku
ilmiah yang terhasil dari karangan bersama Ketua Polis Selangor dengan
pensyarah, Encik Khoo Kheng Hor, mengambil masa 9 bulan untuk dikarang.
Turut
hadir di Majlis Hari Kesedaran Jenayah (Crime Awareness Day) Kontinjen
Selangor 2011 ialah YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun
Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' AThaiveegan, Timbalan Ketua
Polis Selangor, Y.Bhg Datuk Kamarudin bin Md. Ali, Naib Presiden
Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF), Y.Bhg Dato' Ng Tieh Chuan,
CEO MPH Groups of Companies, YDH Pegawai-pegawai Kanan PDRM, tetamu
jemputan dan masyarakat setempat.
Di
akhir majlis, YDH Ketua Polis Negara juga sempat mengadakan acara 'walk
about' dan beramah mesra dengan pengunjung-pengunjung di The Curve.

Forum Kesedaran Jenayah...Moderator, Zakiah Anas (Media Prima TV3) bersama panel 1, Y.Bhg Datuk Kamaruddin bin Md Ali (MCPF)
Pameran, pertunjukkan dan pertandingan















Khemah Utama....Majlis Pelancaran Hari Kesedaran Jenayah Kontinjen Selangor 2011
Hadirin yang hadir...




Ucapan oleh YDH Ketua Polis Selangor

Ucapan Pelancaran Hari Kesedaran Jenayah oleh YDH Ketua Polis Negara

Gimik pelancaran buku 'Beyond Policing-The Strategic Shift'

Pelancaran buku 'Beyond Policing-The Strategic Shift' oleh YDH Ketua Polis Negara
Ramah mesra dan 'Walk About'





Sidang Media...
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan