Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Siri 1 2011
PULAPOL
KUALA LUMPUR, 18 November 2011 - Seramai 186 orang peserta Kursus Polis
Bantuan menyertai upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis
Bantuan siri 1/2011 setelah menjalani Program Latihan Asas Kepolisan
selama dua bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur ini.
"..setiap
tindakan atau penguatkuasaan yang dijalankan hendaklah berlandaskan
undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.." Begitulah
nasihat daripada YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala
Lumpur kepada semua peserta kursus. "..adalah diharapkan agar anda semua
menjadi mata dan telinga kepada PDRM bagi bersama-sama masyarakat
membantu di dalam pencegahan jenayah di negara kita.." tambah beliau
lagi.
Peserta
Kursus Asas Polis Bantuan seramai 186 orang ini terdiri daripada 110
orang peserta daripada PETRONAS, 48 orang peserta daripada Kumpulan
SUNWAY, 20 orang peserta daripada West Port, dan 8 orang peserta
daripada ASTRO.
Turut
hadir di upacara perbarisan ini ialah Y.Bhg Tuan Azlan bin Mohd Said,
Pengurus Besar Bahagian Keselamatan Korporat PETRONAS, Y.Bhg Datuk
Ramzan M.Hashim, Naib Pengerusi Kumpulan SUNWAY, wakil Polis Bantuan
West Port, Y.Bhg Encik Tang Kam Khuan, Senior Vice Presiden ASTRO,
Ketua-ketua Jabatan Agensi Polis Bantuan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan
wakil-wakil media.
Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat.

Y.Bhg Encik Tang Kam Khuan, Senior Vice President ASTRO

Wakil dari Polis Bantuan West Port.

Y.Bhg Datuk Razman M.Hashim, Naib Pengerusi Kumpulan SUNWAY.

Y.Bhg Tuan Azlan bin Mohd Said, Pengurus Besar Bahagian Keselamatan Korporat PETRONAS.

Ketibaan YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Periksa
Baris oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur
diiringi oleh Y.Bhg Tuan Azlan bin Mohd Said, Pengurus Besar Bahagian
Keselamatan Korporat PETRONAS.

Ucapan
penutupan Kursus Asas Polis Bantuan PETRONAS, Kumpulan Sunway, West
Port dan ASTRO Siri 1/2011 oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan
PULAPOL Kuala Lumpur.

YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur menyematkan lambang Polis Bantuan.

Lafaz Ikrar oleh peserta kursus.

Persembahan Tarian Perang oleh peserta kursus.
Jurufoto : Konst Raymond & Konst Santher
Wartawan : Konst Raymond