Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010

Published: 10 Jun 2014 2.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sambutan Hari Inovasi PDRM bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan warga PDRM ini dapat mempertingkatkan keberhasilan dalam segala usaha-usaha PDRM yang telah dir..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-inovasi-polis-diraja-malaysia-tahun-2010
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:56 MYT

Johor Bahru - 25 Jun 2010. Bertemakan 'Transformasi Pencetus Inovasi', Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010 telah berlangsung di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Grand Ballroom, The Zon Regency Hotel, Johor Bahru.

Hadir sama di Majlis Pelancaran tersebut ialah YB Dato' Haji Mohd Ali bin Haji Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, YB Dato' Hj Osman bin Hj Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, YB Dato' Hj. Abd Aziz bin Hj Sapian, Ahli Dewan Undangan Nusajaya, YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Usaha membudayakan kualiti penyampaian perkhidmatan dalam PDRM telah bermula semenjak tahun 1983 lagi, selari dengan saranan pihak kerajaan pada ketika itu. Lantaran itu, 31 Oktober pernah ditetapkan sebagai Hari Kualiti ataupun dikenali sebagai Hari Q PDRM. Pada tahun ini pula, Sambutan Hari Kualiti PDRM  diubah kepada Sambutan Hari Inovasi PDRM, adalah sejajar dengan program transformasi kerajaan.

Perubahan ini adalah
bertepatan dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya negara kita perlu bersifat inovatif secara menyeluruh untuk membuat anjakan kepada ekonomi baru yang berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi, agar negara kita akan kekal relevan dalam persaingan di peringkat global. Transformasi ini merupakan langkah utama yang berterusan bagi merealisasikan agenda inovasi negara.

Sambutan Hari Inovasi PDRM bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan warga PDRM ini dapat mempertingkatkan keberhasilan dalam segala usaha-usaha PDRM yang telah dirancang atau sedang diimplementasikan, di samping penjanaan ilmu baru dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PDRM secara holistik di semua jabatan dan peringkat dalam PDRM.

Sambutan Hari Inovasi tahun ini merupakan milestone yang menunjukkan PDRM telah mara ke landasan kecemerlangan dan bergerak ke arah total quality management dalam PDRM.

"Dalam dunia globalisasi yang dinamik dengan kreativiti dan inovasi ini,  kualiti, kreativiti dan inovasi adalah elemen penting untuk setiap organisasi kekal relevan", ucapan oleh YDH Dato' Koh Hong Sun.

"Amalan
budaya berkualiti adalah asas kepada inovasi dan penambahbaikan berterusan yang merupakan elemen utama pengurusan kualiti. Justeru, tema 'Transformasi Pencetus Inovasi' ini membawa maksud yang sangat bererti kepada usaha transformasi PDRM"

"Sentiasa
bersedia untuk membenar dan mendengar idea-idea daripada Pegawai Kanan termasuk Pegawai Rendah dan Pegawai Awam. Ini adalah kerana kita sedia maklum bahawa untuk mendapatkan idea yang terbaik adalah bergantung pada keterbukaan kita untuk menerima idea-idea daripada sesiapa juga" akhiri ucapan oleh YDH Dato' Koh Hong Sun.

Sambutan Hari Inovasi PDRM Tahun 2010 bermula pada 24 Jun 2010, dengan beberapa persembahan yang menarik dari PDRM dan juga gerai-gerai pameran yang disediakan untuk pengunjung di perkarangan The Zon Regency Hotel.

Antara persembahan tersebut yang berjalan selama dua hari ialah persembahan Begpipe, Drum, Road March oleh Pancaragam PDRM, Persembahan T-Baton dari Kontinjen Johor, Rhythmic Martial Art oleh Pasukan Simpanan Persekutuan Johor,Unit K-9 PDRM dan juga Pemeran Inovasi Polis Diraja Malaysia.

Di Majlis Pelancaran Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia tahun 2010, YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial juga telah menyampai hadiah kemenangan kepada pemenang Pertandingan Konvensyen Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2010.

Pemenang, Johan adalah Kumpulan The Marinners dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1) Utara, Pulau Pinang, Naib Johan, Kumpulan G-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan,  Negeri Sembilan dan Tempat Ketiga dari kumpulan The Target, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta Perak.

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
dari kanan...YDH CP Dato' Koh Hong Sun, YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, YB Dato' Haji Mohd Ali bin Haji Hassan dan YDH DCP Dato' Zulkifli bin Abdullah di Majlis Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Antara yang hadir di Majlis Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010..

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Teks ucapan YDH Ketua Polis Negara, di baca oleh YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Gimik Pelancaran Hari Inovasi PDRM 2010...

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Penyerahan Plak Inovasi oleh YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor kepada YDH DCP Dato' Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak selaku tuan rumah Hari Inovasi 2011

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Bergambar kenangan bersama pemenang...Johan, Kumpulan The Marinners dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1) Utara, Pulau PInang.

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Naib Johan, Kumpulan G-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan,  Negeri Sembilan

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
 Tempat Ketiga dari kumpulan The Target, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta Perak.

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Persembahan Bagpipe oleh Pancaragam PDRM di Perkarangan The Zon Regency Hotel

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Gerai pameran dari Vat 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Pertunjukkan T-Baton dari Kontinjen Johor yang memukau hadirin yang hadir

Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia Tahun 2010
Persembahan Rhythmic Martial Art oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Johor

ArticlePublished 10 Jun 2014 2.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM