Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Inovasi 2013 Kumpulan Target Pdrm Johan Kategori Teknikal

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Serdang, 26 Nov - Bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bekerjasama dengan pihak universiti untuk mengadakan Sambutan Hari Inovasi 2013 di sini, hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-inovasi-2013-kumpulan-target-pdrm-johan-kategori-teknikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:48 MYT

“Inovasi bukanlah satu konsep yang hanya diaplikasikan kepada situasi-situasi tertentu tetapi satu budaya transformatif yang perlu diterapkan dalam perkhidmatan awam” - Menteri KDN

Serdang, 26 Nov - Bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bekerjasama dengan pihak universiti untuk mengadakan Sambutan Hari Inovasi 2013 di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Inovasi Teras Transformasi 1 KDN’, sambutan kali ini telah menghimpunkan kumpulan-kumpulan dari jabatan-jabatan yang bernaung di bawah KDN untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) KDN Tahun 2013.

Ianya turut menyaksikan Kumpulan Target dari Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkul tempat pertama dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (Kategori Teknikal).

Turut mewakili PDRM, Kumpulan Shartooth Shooters dari Jabatan Logistik PDRM Alor Setar dan Kumpulan Bunga Api dari Jabatan Logistik (Persenjataan) PDRM, Bukit Aman yang turut bertanding dalam kategori yang sama.

Penyampaian anugerah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir pada hari ini, YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri KDN, Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wira Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) PDRM Bukit Aman, DCP Dato’ Zubaidah bin Md. Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Hari Inovasi 2013 Kumpulan Target Pdrm Johan Kategori Teknikal
Juara...

Antara gambar di Majlis Sempena Hari Inovasi 2013.

Hari Inovasi 2013 Kumpulan Target Pdrm Johan Kategori Teknikal
Ucapan oleh YB Menteri Dalam Negeri...

Antara gambar di Majlis Sempena Hari Inovasi 2013.
Hari Inovasi 2013 Kumpulan Target Pdrm Johan Kategori Teknikal
Hari Inovasi 2013 Kumpulan Target Pdrm Johan Kategori Teknikal
Hari Inovasi 2013 Kumpulan Target Pdrm Johan Kategori Teknikal

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM