Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 239 orang pegawai dan anggota dari Cawangan Khas seluruh kontinjen menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) dari kerajaan Malaysia sebagai penghargaan dan tanda ingatan serta terima kasih di at..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganugerahan-pingat-kedaulatan-negara-kepada-cawangan-khas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:40 MYT

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

KUALA LUMPUR - 27 November 2013. Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada pegawai dan anggota Cawangan Khas telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pagi tadi.

Seramai 239 orang pegawai dan anggota dari Cawangan Khas seluruh kontinjen menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) dari kerajaan Malaysia sebagai penghargaan dan tanda ingatan serta terima kasih di atas bakti dan jasa yang telah dicurahkan di dalam Op Daulat.

"Atas azimat 'Sedia Berkhidmat', yang terpahat dalam naluri setiap warga PDRM, saya yakin, semua ahli keluarga redha sebaik nama perwira-perwira di hadapan kita pada pagi ini ditugaskan untuk ke medan pertempuran menentang musuh Negara" antara ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara kepada penerima-penerima pingat.

Di majlis ini juga, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara turut menyerahkan sumbangan wakaf Al-Quran dari PDRM berjumlah RM212,396.00 kepada Yayasan RESTU.

Turut hadir di majlis tersebut, YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar,Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH CP Datuk Seri Akhil bin Bulat Pengarah Cawangan Khas, Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan Timbalan-Timbalan Pengarah serta Pegawai Kanan dan anggota.


Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Ketibaan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Nyanyian 'Negaraku'...

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara...

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Ucapan oleh YB Menteri Dalam Negeri...

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Mendahului senarai penerima...YDH DCP Dato' Zamri bin Yahya...

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Insp. Mohamad Hasnal bin Jamil yang cedera parah semasa Op Daulat...

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Replika cek kepada Pengerusi Yayasan RESTU, Datuk Abdul Latiff bin Mirasa

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Balu Allahyarham ACP Ibrahim bin Lebar, mendiang DSP Micheal ak Padel dan Allahyarham Sjn Salam bin Togiran bersama Pingat Kedaulatan Negara..

Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Cawangan Khas
Penerima-penerima Pingat Kedaulatan Negara bergambar kenangan bersama Menteri Dalam Negeri.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM