Artikel
Persidangan Midas 2013 Tingkat Kaedah Keselamatan Negara
Kuala Lumpur, 28 Nov – Satu Majlis Persidangan MiDAS 2013 telah berlangsung di Hotel Istana, pagi tadi. Persidangan MiDAS merupakan satu persidangan bagi menin...
Oleh : Kpl Edwind Indo
Kuala Lumpur, 28 Nov – Satu Majlis Persidangan MiDAS 2013 telah berlangsung di Hotel Istana, pagi tadi.
Persidangan MiDAS merupakan satu persidangan bagi meningkatkan pemahaman mengenai pertahanan dan isu keselamatan negara melalui perbincangan, perkongsian pengetahuan dan perspektif bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang.
Persidangan MiDAS 2013 hari ini terbahagi kepada tiga sesi iaitu sesi 'Strengthening National Resilience : The Malaysia Indentity', 'National Resilience : Responding To Crisis' dan 'Enhancing Security Through National Resilience'.
Tema MiDAS 2013 ialah Strengthening National Resilience. Isu yang diketengahkan antara lain meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dalam mengukuhkan serta meningkatkan pertahanan dan keselamatan negara.
"Buat kali pertama dalam sejarah negara, tembok pemisah antara Polis dan Tentera berjaya di pecahkan, tidak lagi bergerak bersendirian, sekarang boleh berjabat tangan, bermuafakat, berbincang dan merupakan rakan kongsi yang saling bantu membantu demi kepentingan agama, bangsa dan negara”, ujar YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia ketika hadir berucap dalam majlis penutupan MiDAS Conference 2013, petang tadi.
Perceramah terdiri daripada Y.Bhg Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerus Air Asia X, Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Ramon Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Polisi Awam bagi sesi 'Strengthening National Resilience : The Malaysia Indentity'.
Bagi sesi kedua bertajuk 'National Resilience : Responding To Crisis' dikendalikan oleh Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Panglima Angkatan Tentera, Y.Bhg Encik Baharuddin Abd Hamid, Setiausaha Keselamatan Negara dan Y.Bhg Dato' Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus, Pengerusi MERCY Malaysia.
Bagi sesi terakhir bertajuk 'Enhancing Security Through National Resilience' telah dikendalikan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Profesor Dr. Mansor Mohd Noor, Institut Penyelidikan Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Y.Bhg Dato' Azman Amin Hassan, Pengarah Besar Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir ialah Pegawai Kanan Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rakan Media.
















Sekitar Persidangan MiDAS 2013

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dengan sesi 'Enhancing Security Through National Resilience'

Penyampaian Cenderahati Kenangan

Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia sempena ucapan penutup Persidangan MiDAS 2013

Bergambar Kenangan