Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Halal Pilihanku

Published: 11 Jun 2014 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Makanan yang halal perlu mengikut pelbagai konsep seperti kaedah penyembelihan, cara pengurusan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan, ramuan yang terdapat dalam bahan makanan, peralatan digunakan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/halal-pilihanku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:21 MYT

Halal Pilihanku

Bukit Aman - 3 November 2011.  Agama Islam menitikberatkan hal pembelian makanan agar makanan dan minuman benar-benar halal dan baik kerana sumber makanan yang bersih dan halal itu akan mencergaskan seluruh anggota badan.

Firman Allah Subhanahuwataala, ayat 168 Surah al-Baqarah maksudnya; 'Wahai sekelian manusia, makanlah apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik. janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu'.

Bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman pagi ini, Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) PDRM dengan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah menganjurkan Program Halal Pilihanku.

Program telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Abdul Hakim bin Amir Osman, Pengurus Operasi, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Turut hadir, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama & Kaunseling) Bukit Aman, Y.Bhg. Al-fadhil Ustaz Fahmi bin Ismail, Ketua Unit Tindakan Khas PPZ MAIWP, Y.Bhg Fadhilatus Sheikh Ustaz Che Alias bin Che Ismail, Ketua Penolong Pengarah (Agama) Baka Bukit Aman, Pegawai-pegawai Kanan serta pegawai awam PDRM.

"Kita hendaklah berhati-hati dan sentiasa peka terhadap kehalalan setiap makanan yang hendak dimakan kerana makanan yang halal sahaja yang akan mendatangkan kebaikan", ucap Y.Bhg. Tuan Abdul Hakim bin Amir Osman.

Masyarakat Islam perlu prihatin dan mampu memilih makanan mengikut syarak dan perspektif Islam yang sebenarnya, tambah beliau lagi.

Makanan yang halal perlu mengikut pelbagai konsep seperti kaedah penyembelihan, cara pengurusan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan, ramuan yang terdapat dalam bahan makanan, peralatan digunakan untuk memasak dan memproses makanan, dan dari segi penjagaan kebersihan makanan dari benda-benda yang mengotorkan  didalam Islam.

Program 'Halal Pilihanku' dimulakan dengan ceramah bertajuk 'Bersihkah Harta Kita?' yang disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd. Izuddin bin Sith, Pegawai Unit Tindakan Khas , PPZ MAIWP.

Ceramah menyentuh mengenai tuntutan agama untuk mengeluarkan zakat, iaitu mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu kepada golongan yang tertentu menerimanya apabila cukup syarat-syarat.

Firman Allah; ' Di dalam harta-harta kamu, terdapat bahagian-bahagian yang telah ditentukan menjadi hak orang miskin yang meminta dan hak orang miskin yang tidak meminta'.

Ceramah seterusnya disampaikan oleh Y.Bhg Al-Fadhil Ustaz Haji. Mahayuddin bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Jakim  dengan tajuk "Penggunaan dan Pemakanan Halal, Tuntutan Agama'.

Sehingga kini, kerajaan Malaysia telah mengiktirafkan 56 Logo Halal  daripada 22 buah negara yang mengeluarkan pelbagai produk makanan dan sebagainya untuk kegunaan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Majlis pagi ini di akhiri dengan sesi dialog oleh peserta-peserta program yang hadir.

Halal Pilihanku
Program 'Halal Pilihanku' anjuran bersama Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) PDRM dengan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP)  

Halal Pilihanku
Ucapan alu-aluan oleh YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama & Kaunseling) Bukit Aman

Halal Pilihanku
Perasmian program oleh Y.Bhg. Tuan Abdul Hakim bin Amir Osman, Pengurus Operasi, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Halal Pilihanku
Penyampaian cenderahati kepada Y.Bhg. Tuan Abdul Hakim bin Amir Osman

Halal Pilihanku
Ceramah 'Bersihkah Harta Kita?' oleh Y.Bhg Ustaz Mohd. Izuddin bin Sith, Pegawai Unit Tindakan Khas , PPZ MAIWP.

Halal Pilihanku
Y.Bhg Al-Fadhil Ustaz Haji. Mahayuddin bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Jakim menyampaikan ceramah bertajuk "Penggunaan dan Pemakanan Halal, Tuntutan Agama'

Antara hadirin yang hadir di Program Halal, Pilihanku

Halal Pilihanku
Halal Pilihanku
Halal Pilihanku
Halal Pilihanku

Sesi Soal Jawab

Halal Pilihanku
Halal Pilihanku
Halal Pilihanku

Halal Pilihanku
Penyampaian cenderahati kepada Y.Bhg Al-Fadhil Ustaz Haji. Mahayuddin bin Abu Bakar

Halal Pilihanku
Antara yang bertuah menerima cenderahati daripada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP)

Halal Pilihanku
Bertuah juga...


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM