Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Kegiatan Ah Long

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam sidang media yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Rodwan bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah II JSJK Bukit A..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-kegiatan-ah-long
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT

Kuala Lumpur, 8 November - Hasil siasatan lanjut oleh pihak polis telah membawa kepada penahanan lima lelaki oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Brickfield yang disyaki terlibat dalam kegiatan pinjaman tanpa lesen atau Ah Long minggu lalu.


Kesemua suspek ini juga disyaki terlibat atas kesalahan mengganggu dan mengugut peminjam serta keluarganya dan pihak polis turut merampas sejumlah wang tunai RM 60,000, 174 keping cek pelbagai institusi kewangan berjumlah RM 2,230,306.70 dan dokumen-dokumen permohonan pinjaman.


Dalam sidang media yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Rodwan bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah II JSJK Bukit Aman berkata, tindakan telah diambil berdasarkan aduan keluarga mangsa berikutan perbuatan suspek yang telah merosakkan pintu dan menyimbah rumah mangsa dengan cat merah sekaligus menyebabkan ancaman kepada keluarga mangsa.


Kes disiasat di bawah Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan hukuman diperuntukkan ialah denda tidak kurang daripada RM 50,000 dan tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih 15 bulan dan juga sebatan untuk kesalahan berikutnya.


Turut hadir, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.


        Bagi mana-mana syarikat dan individu yang tiada mempunyai lesen, lesen telah luput dan telah digantung atau dibatal boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 5(2) APPW dan denda minimum RM 250,000 atau penjara lebih 5 tahun.


Polis Tumpas Kegiatan Ah Long
YDH SAC Dato' Rodwan bin Mohd Yusof Timbalan Pengarah II JSJK Bukit Aman semasa sidang media hari ini.

Polis Tumpas Kegiatan Ah Long
Hasil rampasan yang telah dibuat.

Polis Tumpas Kegiatan Ah Long
Cek-cek tanpa penama daripada pelbagai institusi kewangan.

Polis Tumpas Kegiatan Ah Long
Cek-cek tanpa penama daripada pelbagai institusi kewangan.

Polis Tumpas Kegiatan Ah Long
YDH SAC Dato' Rodwan bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah II JSJK Bukit Aman bersama barang rampasan.



Jurufoto   : Konst Raymond
Wartawan : L/Kpl Irfan
Penyunting :

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM