Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm

Published: 09 Jun 2014 9.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pertandingan Golf antara Pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (SAS) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mula diadakan sejak tahun 1994 lagi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/golf-antara-pasukan-sas-dengan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:28 MYT

Subang - 17 Mei 2009 - Pertandingan Golf antara Pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (SAS) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya dianjurkan di Saujana Golf & Country Club Subang dalam suasana yang penuh kemesraan, indah dan harmoni.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah  telah menambahkan ceria dan meriahnya pertandingan ini, seterusnya telah mengukuhkan silaturrahim dan merapatkan lagi tautan kasih kemesraan yang akrab di antara  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dengan warga PDRM.

Sesuai dengan berbagai jolokan oleh media massa bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang merupakan 'Peminat Sukan Nombor Satu Negara', 'The Prince of Sport' dan 'The King of Sport' sejak dari permulaan pemerintah Baginda, telah mengampuni perkenan mengilhamkan pertandingan-pertandingan dan perlawanan persahabatan berbagai sukan sebagai langkah meningkatkan mutu sukan-sukan berkaitan di samping sebagai usaha positif mengeratkan hubungan silaturrahim serta pengukuhan perpaduan sesama ahli-ahli pasukan yang bermain.

Pertandingan Golf antara Pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (SAS) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mula diadakan sejak tahun 1994 lagi. Acara tahunan ini diadakan setiap tahun dengan penganjurannya secara bergilir-gilir. Kali terakhir pertandingan ini diadakan pada tahun 1999 di Kelab Golf Pantai Lagenda Pekan, Pahang yang dianjurkan  oleh pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Pertandingan pada tahun berikutnya yang sepatutnya dianjurkan oleh PDRM tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Memandangkan pertandingan ini mempunyai prestij dan nostalgia yang tersendiri, maka pada tahun ini pertandingan ini diadakan semula, dimana pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sebagai penganjur yang turut dibantu oleh Jawatankuasa Golf Polis Diraja Malaysia.

Setiap pasukan menghantar seramai 42 orang peserta dan pertandingan dijalankan dalam dua (2) acara serentak iaitu Berpasukan (Pasukan SAS vs pasukan PDRM) dan Berpasangan. Markah pula adalah dikira berdasarkan kepada 'Stableford Point - Best Ball'. Johan Keseluruhan telah diungguli oleh Pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
 
Pasukan PDRM telah diketuai oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM , YDH Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis, Komander-Komander serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm
Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah bergambar kenangan bersama semua pemain-pemain

Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bergambar dengan Pasukan SAS

Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm
dari kiri...YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Dato' Yusof Bin Said.

Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang melakukan  ' Tee-off '

Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm
' Tee-off' oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm
Pasangan PDRM , YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah JSJN (kanan berbaju biru) dan YDH DCP Dato' Mokhtar bin Mohd Sharif, Ketua Polis Johor.


Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm
kiri...YDH CP Dato' Hussin bin Ismail, Pengarah KDNKA berpasangan bersama YDH DCP Dato' Rubiah bt Abd Ghani, Ketua Polis Pahang

Golf Antara Pasukan Sas Dengan Pdrm
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan ' Piala Pusingan' kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah
ArticlePublished 09 Jun 2014 9.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM