Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Ronal Tumpas

Published: 13 Jun 2014 1.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kajang - 19 Januari 2009. Polis Selangor berjaya menembak mati tiga lelaki Indonesia yang paling dikehendaki di Susur Keluar Kajang Mewah semasa kumpulan penjenayah terbabit dipercayai mahu melakukan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-ronal-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:19 MYT

Kajang - 19 Januari 2009. Polis Selangor berjaya menembak mati tiga lelaki Indonesia yang paling dikehendaki di Susur Keluar Kajang Mewah semasa kumpulan penjenayah terbabit dipercayai mahu melakukan rompakan di Kajang awal pagi dengan menggunakan sebuah kereta Proton Waja warna perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Bin Abu Bakar berkata, sepasukan polis telah menahan kereta terbabit bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan terjadi berbalas tembakan dengan penjenayah. Kesemua suspek mati di tempat kejadian.

Polis turut menemui sepucuk pistol buatan sendiri yang digunakan oleh suspek, 5 butir peluru dan 2 kelongsong peluru. Turut dijumpai 2 bilah parang, 1 bilah celoret serta peralatan untuk pecah rumah. Hasil pemeriksaan, kereta yang digunakan oleh suspek adalah kereta curi.

Kumpulan penjenayah  terbabit dipercayai telah melakukan lebih daripada 50 kes samun dan pecah rumah di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Kejayaan besar adalah hasil maklumat orang awam.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM