Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Mayang Curi Motosikal Tumpas Lapan Remaja Ditahan

Published: 18 Jun 2014 7.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
George Town, 15 Jan - Polis menumpaskan geng 'Mayang' yang bergiat aktif mencuri motosikal di sekitar daerah Barat Daya berikutan penahanan lapan remaja, sejak seminggu lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-mayang-curi-motosikal-tumpas-lapan-remaja-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:26 MYT

George Town, 15 Jan - Polis menumpaskan geng 'Mayang' yang bergiat aktif mencuri motosikal di sekitar daerah Barat Daya berikutan penahanan lapan remaja, sejak seminggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata seorang lelaki remaja berumur 18 tahun ditahan pada 3 Jan lalu pada pukul 5.30 petang di sebuah premis di kawasan Mayang Pasir, Bayan Baru.

Ketika ditahan, suspek sedang meleraikan beberapa buah motosikal yang dipercayai baru dicuri dari kawasan berhampiran, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya lanjutan daripada tangkapan berkenaan, tujuh lagi remaja ditahan di beberapa lokasi dan polis turut merampas lapan buah motosikal, lapan buah rangka motosikal dan pelbagai komponen motosikal dianggarkan bernilai RM80,000.

Kesemua suspek berumur antara 18 dan 25 tahun itu turut terlibat dengan beberapa rekod kesalahan jenayah lampau dan dadah.

Hasil daripada soal siasat ke atas kesemua suspek juga mendapati mereka terlibat dalam kes curi 16 buah motosikal di daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Prai Tengah sejak 2010.

"Sebaik mencuri, kesemua motosikal berkenaan akan dileraikan dan komponen akan dijual secara runcit kepada pembeli tempatan antara RM400 hingga RM800 sebuah bergantung kepada permintaan," katanya.

Beliau turut menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh untuk membeli motosikal curi atau komponen dengan harga murah kerana ia menyalahi undang-undang. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM