Keldai Dadah Ditahan Polis Rampas Syabu Rm1 3 Juta
Johor
Bahru, 15 Jan - Polis menahan seorang wanita warga tempatan yang
dipercayai menjadi keldai dadah dan merampas syabu bernilai RM1.5 juta
dalam serbuan di Terminal Bas Central, Jalan Terus di sini pada awal
bulan ini.
Ketua
Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ketika tangkapan
dilakukan pada 6.30 petang, 5 Jan lepas, wanita berusia 56 tahun dan
bersuamikan warga Nigeria itu baru sahaja tiba dari negara jiran.
"Hasil
pemeriksaan, polis telah menemui dua bungkusan dadah jenis syabu
seberat 3,405 gram yang dianggar bernilai RM1.3 juta disembunyikan dalam
sebuah beg komputer yang dibawa suspek.
"Siasatan
awal mendapati wanita yang bekerja sebagai pengemas bilik hotel di
negara jiran itu terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dari negara
jiran berkenaan ke Johor," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau
berkata kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
(JSJN) Johor dan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura dan kedua-dua pihak
sedang mengesan suami suspek berusia 36 tahun yang dipercayai terlibat
dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Katanya
wanita itu ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh
dikenakan hukuman mati mandatori.
Sumber : BERNAMA