Sebilah
parang dan tiga set walkie talkie antara barang yang dirampas oleh
sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan semasa
membuat pemeriksaan ke atas dua buah kenderaan yang dinaiki empat lelaki
di sebuah stesen minyak di USJ 21, Subang Jaya pagi semalam.
Semakan
terhadap kenderaan yang diperiksa mendapati kedua-duanya menggunakan
nombor pendafataran palsu dan dilaporkan hilang sekitar Klang.
Ketua
Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata ke semua
suspek yang ditahan dikenali sebagai 'Geng Kuttia' yang disyaki terlibat
dalam jenayah samun menggunakan modus operandi berpura-pura membantu
mangsa menukar tayar di tepi jalan sebelum mengeluarkan parang dan
menyamun mangsa.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Geng Kuttia Tumpas
Sebilah parang dan tiga set walkie talkie antara barang yang dirampas oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan semasa membuat pemeriksaan ke atas dua buah kenderaan yang dinaik..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-kuttia-tumpas
Scan to view the latest live version.