Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Landasan penting pada kerjasama pelbagai hala ialah Aseanapol, di mana proses perisikan dan perkongsian maklumat digunakan sebaik-baiknya oleh semua negara anggota, terutamanya Thailand dan Malaysia ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gala-dinner-sempena-penganugerahan-darjah-kepahlawanan-pasukan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:57 MYT
Kuala Lumpur - 9 Mei 2011. Bertempat di Grand Ballroom, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah mengadakan Majlis Makan Malam, meraikan kunjungan delegasi dari Royal Thai Police, sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (Knight Grand Commander, First Class Order of Police Heroism) yang akan disampaikan oleh  Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, di Istana Negara pada 10 Mei 2011.


Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada empat pegawai atasan Royal Thai Police ini adalah pengiktirafan di atas sumbangan cemerlang kepada masyarakat Malaysia Thai khususnya dan rantau negara Asean.


Delegasi Royal Thai Police diketuai oleh Ketua Polis Thailand, Police General Wichean Potephosree bersama isteri, Mrs. Kingdao Potephosree, dan diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Adul Sangsingkeo dan isteri, Mrs. Aranya Sangsingkeo, Pesuruhjaya Biro Bahagian Narkotik, Police Lieutenant General Atitep Panjamanond, Pesuruhjaya Biro Bahagian Cawangan Khas, Police Lieutenant General Tritot Ronnaritivichai bersama Pegawai-pegawai Kanan Polis Thailand.


Ketibaan delegasi Royal Police Thailand disambut mesra oleh YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.


Dalam ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berkata, kunjungan delegasi Polis Thailand ini menandakan kuatnya persahabatan dan hubungan dua hala yang telah terjalin mesra sejak sekian lama lagi dan seterusnya akan mengukuhkan lagi perkhidmatan polis antara kedua-dua negara.


Antara intipati uacapannya lagi, beliau berharap kerjasama dua hala akan dipertingkatkan lagi, terutamanya strategik pada penyeludupan senjata api yang menjadi kebimbangan utama melalui penyeludupan dan pengedaran senjata api melalui laluan-laluan darat dan laut yang agak berleluasa dan juga memerangi pedagang haram, jaringan penyeludupan manusia serta penyeludupan najis dadah.


"Landasan penting pada kerjasama pelbagai hala ialah Aseanapol, di mana proses perisikan dan perkongsian maklumat digunakan sebaik-baiknya oleh semua negara anggota, terutamanya Thailand dan Malaysia bagi meningkatkan keselamatan global di rantau ini", akhiri ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.


Tetamu pada malam ini dihiburkan oleh persembahan Quintet PDRM dan Badan Kebudayaan PDRM.


Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM.

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Meja Utama' Gala Dinner'...

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Ketua Polis Thailand, Police General Wichean Potephosree

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
YDH Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Adul Sangsingkeo

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
kanan...Mrs. Kingdao Potephosree, Y.Bhg. Datin Imran binti Ibrahim (isteri YDH Timbalan Ketua Polis Negara) dan Mrs. Aranya Sangsingkeo

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Ucaptama oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Ucapan balas oleh Ketua Polis Thailand, Police General Wichean Potephosree

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Ketua Polis Thailand

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Adul Sangsingkeo

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Y.Bhg. Ketua Polis Thailand.

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Isteri Ketua Polis Thailand juga turut menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Y.Bhg Timbalan Ketua Polis Thailand menyampaikan cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Y.Bhg. Datin Imran binti Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada Mrs. Kingdao Potephosree

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Cenderahati untuk Mrs. Aranya Sangsingkeo, isteri Timbalan Ketua Polis Thailand


Antara hadirin yang hadir di 'Gala Dinner' Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis


Aturcara persembahan...
Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar menyampaikan sebuah lagu ' Aku Semut Merah'

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Petikan gitar oleh Pesuruhjaya Biro Bahagian Narkotik, Police Lieutenant General Atitep Panjamanond.

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Delegasi Polis Thailand menyampaikan lagu 'Rasa Sayang'...

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Gandingan lagu oleh isteri-isteri Polis Thailand dan Polis Diraja Malaysia

Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Tarian 'Joget Melayu' sambil diiringi oleh Badan Kebudayaan PDRM


Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM