Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Saya meminta kerjasama daripada semua pegawai-pegawai kanan supaya sentiasa memupuk bakat-bakat baru......
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pupuk-bakat-baru-warga-pdrm-untuk-diketengahkan-ke-peringkat-lebih-tinggi-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:14 MYT

Cheras , 10 Mei 2011 - "Saya meminta kerjasama daripada semua pegawai-pegawai kanan supaya sentiasa memupuk bakat-bakat baru di bawah jagaan mereka untuk diserlahkan dalam apa jua jenis sukan dan hanya menerusi galakan inilah sebagai pemudah untuk kesinambungan bakat sukan dalam PDRM," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Malam Anugerah Sukan PDRM 2010 di Maktab PDRM Kuala Lumpur Hari ini.

Dalam ucapannya juga, beliau amat berbangga atas penglibatan PDRM dalam sumbangan pingat untuk negara dengan kejayaan atlet-atlet PDRM membantu meletakkan negara di peringkat yang boleh dibanggakan.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada atlet-atlet PDRM supaya jangan terlalu alpa dengan kejayaan yang dicapai, sebaliknya terus mengekalkannya menerusi perancangan, pelaksanaan, latihan dan usaha yang gigih.

Selain itu, kaedah meningkatkan potensi sukan juga perlu diberikan perhatian di mana mereka perlu mencontohi negara barat dalam 'research & development' sukan yang melibatkan kajian saintifik mengenai ahli sukan, dalam ertikata lain kudrat mestilah disokong dengan teknik serta latihan yang betul dan sistematik.

Terdahulu, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM yang juga merupakan Pengerusi Majlis Sukan PDRM dalam ucapannya berkata, penganjuran Malam Anugerah Sukan ini merupakan kemuncak apresiasi kepada penglibatan warga-warga PDRM yang terlibat dalam arena sukan atas kegigihan, komitmen dan sumbangan mereka kepada pasukan.

Tambah beliau lagi, setiap warga PDRM mestilah berusaha mengimbangi kecemerlangan sebagai agensi penguatkuasa undang-undang dan dalam masa yang sama unggul dalam sukan.

Majlis pada malam ini menyaksikan penyampaian piala iringan, sijil dan anugerah kepada warga-warga PDRM atas penglibatan dan sumbangan mereka terhadap pembangunan sukan dalam PDRM.

Penyampaian Piala Iringan Penyertaan Kontinjen 100%

1.

Bukit Aman

2.

Pulapol Kuala Lumpur

3.

Negeri Sembilan

4.

Selangor

5.

Melaka

6.

Briged Tengah

7.

Pulau Pinang

8.

Johor

9.

Pahang

10.

Perak

11.

Kuala Lumpur

12.

Kedah

13.

Perlis

14.

Kelantan

Penyampaian Piala Iringan Kepada Kontinjen Yang Memenangi Tempat Pertama Sehingga Keempat

1.

Johan

Bukit Aman

2.

Naib Johan

Negeri Sembilan

3.

Ketiga

Selangor

4.

Keempat

Melaka

 

Penyampaian Sijil Dan Hamper Kepada Calon-calon
Olahragawan

1.

L/Kpl 151946 Mohd Hadafi bin Jaafar

2.

S/Insp (S) 11926 Sazali bin Abdul Samad

3.

L/Kpl (S) 15636 Amir Mustafa bin Rusli

 

Olahragawati

1.

ASP G/15439 Bibiana Ng Pei Chin

2.

L/Kpl (S) 15658 Noor Amelia binti Musa

3.

L/Kpl (S) 15362 Siti Zalina binti Ahmad

 

Atlet Harapan Lelaki

1.

L/Kpl 160217 Mohd Fauzi bin Khalid

2.

Kons (S) 20117 Muhammad Hizlee bin Abdul Rais

3.

Kons (S) 20021 Mohd Normanizam bin Ahmad

 

Atlet Harapan Wanita

1.

L/Kpl 155761 Siti Zawiah binti Mohamed

2.

L/Kpl 15228 Azeemah binti Abdullah

Jurulatih Terbaik

1.

SM 98314 Sidamparam A/L M.Periasamy

2.

Sjn 108276 Syed Mohamad bin Syed Akil

3.

Kpl 110624 Othman bin Yahya

 

Pengelola Terbaik

1.

ACP G/6893 Syed Mustafa bin Raja Syed Noodin

2.

DSP G/15188 Ridzuan bin Abdul Aziz

3.

C/Insp I/15211 Mohd Hazilreza bin Mohd Ghazali

 

Penyampaian Sijil, Piala Iringan Dan Wang Tunai Kepada Pemenang

Pengelola Terbaik
ACP G/6893 Syed Mustafa bin Raja Syed Nordin

Jurulatih Terbaik
Kpl 110624 Othman bin Yahya

Atlet Harapan Wanita
L/Kpl 155761 Siti Zawiah binti Mohamed

Atlet Harapan Lelaki
L/Kpl 160217 Mohd Fauzi bin Khalid

Olahragawati
ASP G/15439 Bibiana Ng Pei Chin

Olahragawan
S/Insp (S) Sazali bin Abd. Samad

Turut hadir dalam majlis hari ini, YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Y.Bhg Mohammad Azhari bin Salleh, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Y.Bhg Lim Sei Eng, Ahli Panel Jawatankuasa Pemilihan Malam Anugerah Sukan PDRM 2010, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis dan Ketua-ketua Polis Negeri, Komander-komander Briged, Komandan-komandan Pulapol, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan jemputan-jemputan khas.


Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara
Ucapan YDH CP Dato' Robiah bt. Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara

Ucapan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara

Persembahan pembukaan majlis...

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara

PENGELOLA TERBAIK...YDH ACP Syed Mustafa bin Raja Syed Nordin.

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara

JURULATIH TERBAIK...KPL Othman bin Yahya.

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara

ATLET HARAPAN WANITA...L/KPL Siti Zawiah bt. Mohamed.

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara

OLAHRAGAWATI...ASP Bibiana Ng Pei Chin.

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara
OLAHRAGAWAN...S/Insp (S) Sazali bin Samad.

Pupuk Bakat Baru Warga Pdrm Untuk Diketengahkan Ke Peringkat Lebih Tinggi Ketua Polis Negara

 

Wartawan : Konst. Irfan bin Bujang
Jurufoto   : L/Kpl M Lokmanul Hakim bin S.Nor
Suntingan : Sjn. Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM