Article
Gala Dinner Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
'Landasan penting pada kerjasama pelbagai hala ialah Aseanapol, di mana proses perisikan dan perkongsian maklumat digunakan sebaik-baiknya oleh semua negara an...
| Kuala
Lumpur - 9 Mei 2011. Bertempat di Grand Ballroom, Hotel Renaissance,
Kuala Lumpur, YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar
telah mengadakan Majlis Makan Malam, meraikan kunjungan delegasi dari Royal Thai Police,
sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (Knight Grand
Commander, First Class Order of Police Heroism) yang akan disampaikan
oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, di Istana Negara pada
10 Mei 2011. Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada empat pegawai atasan Royal Thai Police ini adalah pengiktirafan di atas sumbangan cemerlang kepada masyarakat Malaysia Thai khususnya dan rantau negara Asean. Delegasi Royal Thai Police diketuai oleh Ketua Polis Thailand, Police General Wichean Potephosree bersama isteri, Mrs. Kingdao Potephosree, dan diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Adul Sangsingkeo dan isteri, Mrs. Aranya Sangsingkeo, Pesuruhjaya Biro Bahagian Narkotik, Police Lieutenant General Atitep Panjamanond, Pesuruhjaya Biro Bahagian Cawangan Khas, Police Lieutenant General Tritot Ronnaritivichai bersama Pegawai-pegawai Kanan Polis Thailand. Ketibaan delegasi Royal Police Thailand disambut mesra oleh YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia. Dalam ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berkata, kunjungan delegasi Polis Thailand ini menandakan kuatnya persahabatan dan hubungan dua hala yang telah terjalin mesra sejak sekian lama lagi dan seterusnya akan mengukuhkan lagi perkhidmatan polis antara kedua-dua negara. Antara intipati uacapannya lagi, beliau berharap kerjasama dua hala akan dipertingkatkan lagi, terutamanya strategik pada penyeludupan senjata api yang menjadi kebimbangan utama melalui penyeludupan dan pengedaran senjata api melalui laluan-laluan darat dan laut yang agak berleluasa dan juga memerangi pedagang haram, jaringan penyeludupan manusia serta penyeludupan najis dadah. "Landasan penting pada kerjasama pelbagai hala ialah Aseanapol, di mana proses perisikan dan perkongsian maklumat digunakan sebaik-baiknya oleh semua negara anggota, terutamanya Thailand dan Malaysia bagi meningkatkan keselamatan global di rantau ini", akhiri ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara. Tetamu pada malam ini dihiburkan oleh persembahan Quintet PDRM dan Badan Kebudayaan PDRM. ![]() Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM. ![]() Meja Utama' Gala Dinner'... ![]() YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Ketua Polis Thailand, Police General Wichean Potephosree YDH Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Adul Sangsingkeo kanan...Mrs. Kingdao Potephosree, Y.Bhg. Datin Imran binti Ibrahim (isteri YDH Timbalan Ketua Polis Negara) dan Mrs. Aranya Sangsingkeo Ucaptama oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara Ucapan balas oleh Ketua Polis Thailand, Police General Wichean Potephosree ![]() YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Ketua Polis Thailand Menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Adul Sangsingkeo ![]() YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Y.Bhg. Ketua Polis Thailand. Isteri Ketua Polis Thailand juga turut menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara Y.Bhg Timbalan Ketua Polis Thailand menyampaikan cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara Y.Bhg. Datin Imran binti Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada Mrs. Kingdao Potephosree ![]() Cenderahati untuk Mrs. Aranya Sangsingkeo, isteri Timbalan Ketua Polis Thailand Antara hadirin yang hadir di 'Gala Dinner' Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis ![]() ![]() Aturcara persembahan... YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar menyampaikan sebuah lagu ' Aku Semut Merah' Petikan gitar oleh Pesuruhjaya Biro Bahagian Narkotik, Police Lieutenant General Atitep Panjamanond. Delegasi Polis Thailand menyampaikan lagu 'Rasa Sayang'... Gandingan lagu oleh isteri-isteri Polis Thailand dan Polis Diraja Malaysia Tarian 'Joget Melayu' sambil diiringi oleh Badan Kebudayaan PDRM Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan |







