Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gaji Lumayan Dorong Sindiket Seludup Wanita Warga Asing

Diterbitkan: 13 Jun 2014 12.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 12 Jun – Permintaan yang tinggi terhadap wanita warga asing menjadi pendorong pengusaha premis pusat hiburan rumah urut mengambil mereka untuk bekerja sama ada menggunakan permit yang sah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gaji-lumayan-dorong-sindiket-seludup-wanita-warga-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:19 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Norhamizah binti Abu Bakar

GAJI LUMAYAN DORONG SINDIKET SELUDUP WANITA WARGA ASING

Bukit Aman, 12 Jun – Permintaan yang tinggi terhadap wanita warga asing menjadi pendorong pengusaha premis pusat hiburan rumah urut mengambil mereka untuk bekerja sama ada menggunakan permit yang sah atau sebaliknya.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, SAC Roslee bin Chik berkata kegiatan pelacuran di Malaysia tidaklah berada di tahap yang membimbangkan namun pelbagai operasi dilakukan bagi membanteras kegiatan tersebut akan terus dijalankan dari masa ke semasa.

Berdasarkan perbandingan statistik Unit Pencegahan Maksiat dari bulan Januari hingga April 2014, seramai 6275 wanita warga asing yang ditahan terlibat dengan aktiviti pelacuran antaranya Vietnam, Thailand dan China berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 3862.

Seramai 2133 wanita Vietnam ditahan dalam tempoh empat bulan pertama berbanding tahun sebelumnya sebanyak 1126 orang diikuti 1369 warga Thailand daripada 754 orang sebelumnya dan 1661 bagi warga China daripada 1254 orang.

Bagi lain-lain negara turut menunjukkan peningkatan seperti Indonesia 114 orang, Filipina 53 orang, India 62 orang, Kompuchea 97 orang, Bangladesh 18 orang, Loas 26 orang dan Urganda 14 orang.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan dan melalui jalan darat melalui Thailand menjadi faktor untuk mereka masuk ke negara ini.

"Mereka dibawa masuk oleh ahli-ahli sindiket warga tempatan mengikut permintaan pengusaha premis pusat hiburan", katanya lagi.

Pelacuran bukan sahaja melibatkan warga asing tetapi terdapat juga di kalangan warga tempatan di mana dalam tempoh yang sama seramai 621 orang wanita negara ini telah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan tidak bermoral berbanding 934 orang pada tahun 2013.

Aktiviti tidak bermoral ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan iaitu menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu pengawalan rumah-rumah persundalan.

Selain itu, beberapa Seksyen lain turut digunapakai antaranya Akta Imigresen 1959 / 1953 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1959/1963.

Gaji Lumayan Dorong Sindiket Seludup Wanita Warga Asing
Petua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, SAC Roslee bin Chik

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 12.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM