Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm

Diterbitkan: 13 Jun 2014 12.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 12 Jun – Nordin Putet dari Kontinjen Sarawak dan Hajah Sahrom Othman dari Kontinjen Selangor dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Mal..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kontinjen-sarawak-dan-selangor-ungguli-kejohanan-tilawah-al-quran-kebangsaan-peringkat-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:07 MYT
Bukit Aman, 12 Jun – Nordin Putet dari Kontinjen Sarawak dan Hajah Sahrom Othman dari Kontinjen Selangor dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia 1435H/2014M, pagi tadi.

Tilawah Al-Quran tersebut berlangsung selama 2 hari bermula semalam dan bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran pada hari ini telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM tahun ini.

“Objektif utama majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM ini diadakan adalah untuk meninggikan syiar Islam dan mendaulatkan Al-Quran sebagai panduan utama umat Islam seluruhnya dan juga bertujuan untuk menyuburkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran di kalangan umat Islam khususnya warga PDRM,” kata YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi di dalam ucapannya.

Bagi Naib Johan dan tempat ketiga disandang oleh Insp. Mohamad Sahran Dato’ Hj Termizi dari Kontinjen Kedah dan Koperal Razlee @Roslee Asmat dari Kontinjen Johor bagi kategori Qari manakala Qariah pula, Rohaya Hajar dari kontinjen Perak dan Zainab Muet dari kontinjen Kuala Lumpur masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Ketibaan YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun.

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Antara yang hadir.

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Bacaan Doa.

Bacaan Doa

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Ucapan oleh YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi.

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Bacaan ayat-ayat suci oleh Johan Qari.

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Bacaan ayat-ayat suci oleh Johan Qariah.

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Penyampaian hadiah kepada Johan Qari.

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Penyampaian hadiah kepada Johan Qariah.

Kontinjen Sarawak Dan Selangor Ungguli Kejohanan Tilawah Al Quran Kebangsaan Peringkat Pdrm
Gambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 12.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM