Teknologi Moden Antara Cabaran Polis Banteras Mesin Judi Masa Kini
Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Norhamizah binti Abu Bakar
TEKNOLOGI MODEN ANTARA CABARAN POLIS BANTERAS MESIN JUDI MASA KINI
Bukit
Aman, 12 Jun – Penggunaan sistem dan teknologi canggih antara kesukaran
yang dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melakukan pembuktian
jika suspek dituduh di mahkamah yang mana melibatkan kes perjudian
khususnya mesin judi.
Kegiatan
judi merentasi sempadan itu melibatkan jaringan 'server' luar negara di
mana pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keterangan
kerana mempunyai tahap sekuriti yang tinggi.
Ketua
Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap,
Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata pihaknya
berusaha membanteras kegiatan tersebut dengan melakukan beberapa serbuan
termasuk melibatkan bahagian Urusetia Tatatertib PDRM bagi memantau
pegawai atau anggota polis yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral
itu dan ketirisan maklumat kepada penganjur judi.
"PDRM
sentiasa berkerjasama dengan Suruhanjaya Mulitmedia Dan Komunikasi
(SKMM) untuk menghalang kemasukan laman sesawang berunsur perjudian dan
pertaruhan dalam negara ini.
"Berhentilah
mengunjungi tempat-tempat judi kerana mesin-mesin berkenaan sudah
diprogramkan untuk memberi kemenangan 90% kepada penganjur dan 10%
sahaja untuk pemain", katanya dalam satu sidang media di Menara 2, pagi
tadi.
Kegiatan
mesin judi haram merupakan satu kesalahan jenayah. Mereka yang
ditangkap sebagai penganjur atau pemain boleh dihukum dalam Seksyen
4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 495) kepada penganjur mesin
judi di mana sekiranya disabitkan kesalahan boleh di denda tidak
melebihi RM100,000 bagi setiap mesin yang dirampas dan hukuman penjara
tidak lebih lima tahun manakala bagi si pemain mesin judi boleh dihukum
di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 495) di mana
sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi
RM5,000 atau hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Ketua
Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap,
Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, SAC Roslee Chik menunjukkan
gambar serbuan premis mesin judi haram yang diserbu baru-baru ini




Antara yang hadir