Article
Face To Face Bersama Kpd Petaling Jaya
YDH Ketua Polis Daerah serta Pegawai-Pegawai Kanan IPD Petaling Jaya telah memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk bertemu bagi meluahkan sebarang perma...
Petaling Jaya - 9 Mei 2010. Program 'Face To Face' Bersama Ketua
Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan 'People Voice -
The Star' telah di adakan di Dewan Serbaguna MBPJ, Bandar Utama 3/1,
Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Program yang dianjurkan bersama akhbar The Star dan Red FM itu juga mendapat sokongan kerjasama dari Majlis Bandaran Petaling Jaya, Persatuan Penduduk Bandar Utama (BURA - Bandar Utama Residential Association) bermula se awal jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Pelbagai acara menarik telah di adakan seperti pertunjukkan oleh Unit K9 dan Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia, pertunjukkan kebudayaan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan BU3 dan BU4 dan lintas langsung Red FM.
Polis Diraja Malaysia juga menyediakan beberapa khemah yang disertai oleh beberapa cawangan dan unit seperti dari Muzium PDRM, Unit Udara, Unit Pemusnah Bom dan Persenjataan, Trafik, Forensik, Hal Ehwal Awam Bukit Aman, Rakan Cops dan juga mempamerkan kenderaan baru Evo 10 dan kenderaan pacuan empat roda Forensik.
Hadir di Program 'Face To Face' Bersama Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan 'People Voice - The Star' ialah YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah IPD Petaling Jaya. Turut hadir ialah YDH Supt. Abd Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran), YDH Supt. Mohamed Shukor bin Sulong, Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) serta Ketua-ketua Bahagian IPD Petaling Jaya.
Hadir sama ialah Encik Loo Chuan Boon, ADUN Bukit Lanjan, Encik Ng Beng Lye, Executive Director Star Publications (M) Bhd, Encik David Yeoh, RedFM Chief Executive Officer, Encik Izlizam bin Bahardin, Penolong Pengarah Penguatkuasa, Majlis Bandaran Petaling Jaya, Tuan Haji Syed Abd Malik bin Syed A Hamid Al Jafree, Ahli Majlis MBPJ, Dato' Manpal Singh Sacdev, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Utama serta tetamu jemputan.
Di majlis ini juga, YDH Ketua Polis Daerah serta Pegawai-Pegawai Kanan IPD Petaling Jaya telah memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk bertemu bagi meluahkan sebarang permasalahan yang berlaku, memberi pandangan serta menyalurkan sebarang maklumat jenayah, permasalahan keselamatan dan juga berkaitan trafik, bagi tujuan bersama-sama membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan selamat.

Majlis Perasmian Program 'Face To Face' Bersama Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan 'People Voice - The Star'

Gerai Star Publications (M) Bhd, menyediakan akhbar The Star percuma dan juga jualan majalah keluaran The Star Publications (M) Bhd

Melawat khemah pameran Forensik...

Sidang Akhbar...

Supt. Abd Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran) mengedarkan 'Tanda Nama' yang mengandungi nombor-nombor telefon Balai Polis dibawah pentadbiran Petaling Jaya.

Ketua-Ketua Bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya juga turun padang mendengar permasalahan yang diajukan oleh penduduk setempat.

Orang ramai berkunjung ke khemah Unit Pemusnah Bom dan Persenjataan PDRM

Terpegun melihat gambar-gambar kemalangan di khemah Cawangan Trafik.

Pertunjukkan oleh Unit Berkuda PDRM...kemahiran menunggang kuda melepasi halangan.

Gandingan pertunjukkan oleh Unit K9...menangkap peragut bermotosikal