Majlis Perasmian Pembukaan Dan Jamuan Makan Malam Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Seremban, Negeri Sembilan - 11 Mei 2010. Majlis Perasmian Pembukaan dan Jamuan Makan Malam Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010 telah berlangsung di Seri Negeri Ball Room, The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, Negeri Sembilan. Jamuan makan malam ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Bola Sepak telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH SAC II Dato' Abd Manan bin Mhd Hassan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP, Y.Bhg Encik Baharudin bin Jali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, DSP Aiyob bin Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM, para peserta kejohanan dan tetamu jemputan.
Kontinjen Negeri Sembilan telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Piala KPN 2010. Sebanyak 18 pasukan telah mengambil bahagian di Kejohanan Bola Sepak Piala KPN 2010 yang berlangsung dari 11 Mei hingga 16 Mei 2010. Sebanyak 4 kumpulan telah dibentuk dan perlawanan bermula seawal jam 7.30 pagi, di 4 padang sekitar Seremban. Perlawanan akhir pada 16 Mei 2010 akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dan akan dihadiri oleh YDH TImbalan Ketua Polis Negara.
"Selamat datang dan selamat bertanding kepada semua peserta dan jadikanlah perjumpaan ini sebagai satu yang bermakna kepada kita semua dalam mengeratkan lagi silaturahim disamping bersukan demi mempertingkatkan integriti PDRM", antara ucapan alu-aluan oleh YDH Ketua Polis Negeri Sembilan.

Pemain dari Pasukan Bukit Aman

Kontinjen Johor Darul Takzim

dari kiri...Y.Bhg Encik Baharudin bin Jali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato' Hj Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan (tiga dari kiri) di Majlis Perasmian Pembukaan dan Jamuan Makan Malam Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010

Antara pasukan yang mengambil bahagian di Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010

Ucapan alu-aluan oleh YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan

Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Bola Sepak telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Diperkenalkan kepada Pengurus Pasukan Negeri Sembilan, ASP Mohd Raayim bin Hj. Jemakir

Cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negeri Sembilan kepada YB Dato' Hj Mat Ali bin Hassan