Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Esscom Susun Strategi Baharu Tangani Jenayah Di Esszone

Diterbitkan: 25 May 2015 2.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak akan berdiam diri sebaliknya terus menyusun strategi baharu bagi menghadapi ancamanancaman jenayah rentas sempadan, khususnya penculikan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/esscom-susun-strategi-baharu-tangani-jenayah-di-esszone
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:20 MYT

Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak akan berdiam diri sebaliknya terus menyusun strategi baharu bagi menghadapi ancamanancaman jenayah rentas sempadan, khususnya penculikan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Komander Esscom, Dato' Abdul Rashid Harun berkata, meskipun salah seorang pemimpin kumpulan militan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan penculikan dua rakyat tempatan di Sandakan pada 14 Mei lalu dilaporkan terbunuh baru-baru ini, namun Esscom tetap komited dalam menjaga kedaulatan tanah air negara dari diceroboh lagi.

Esscom memandang serius terhadap segala bentuk ancaman yang boleh memudaratkan keselamatan serta keamanan di Esszone.

Dalam pada itu, beliau turut meminta komuniti pesisir pantai di Esszone supaya sentiasa bekerjasama dengan Esscom dalam memantapkan kawalan keselamatan di zon berkenaan dari semasa ke semasa.

Sumber: Utusan Malaysia

Esscom Susun Strategi Baharu Tangani Jenayah Di Esszone
ArtikelDiterbitkan 25 May 2015 2.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM