Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Keluarga Kdn 2015

Diterbitkan: 25 May 2015 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kajang, 24 Mei- Bertempat di Mini Stadium, Maktab Penjara Kajang, Jabatan Penjara Malaysia, pagi tadi telah berlangsungnya majlis Hari Keluarga 2015 peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dirasmikan oleh Menteri KDN, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-keluarga-kdn-2015
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:33 MYT
Kajang, 24 Mei- Bertempat di Mini Stadium, Maktab Penjara Kajang, Jabatan Penjara Malaysia, pagi tadi telah berlangsungnya majlis Hari Keluarga 2015 peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dirasmikan oleh Menteri KDN, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini.

Selain bahagian-bahagian dalam KDN sendiri, pelbagai agensi di bawah naungan KDN seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Imigresen Malaysia turut tidak melepaskan peluang mengambil bahagian bagi memeriahkan majlis pada kali ini.

Pelbagai acara menarik yang bertujuan mengeratkan hubungan sesama peserta telah dipertandingkan seperti tarik tali, sukaneka dan turut tidak ketinggalan acara cabutan bertuah yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua yang hadir.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Menteri Dalam Negeri, Dato’ Alwi Haji Ibrahim, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM, CP Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani dan lain-lain tetamu jemputan.

_MG_3852 copy
CP Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani bersama isteri dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) DCP Dato' Aishah binti Mohammad.

_MG_3980 copy
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan.

_MG_3907 copy
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Hari Keluarga KDN 2015.

_MG_4012 copy
Penyampaian hadiah.

_MG_4029 copy
Penyampaian hadiah.
ArtikelDiterbitkan 25 May 2015 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM