Anggota Polis Maut Kemalangan Ketika Bertugas Mengiringi Speaker Dun
Seorang anggota polis yang sedang bertugas menemui ajal selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terhumban ke dalam parit di Batu 4, Jalan Roban Lama di Saratok, Sarawak, kelmarin.
Kemalangan kira-kira pukul 8 malam itu mengakibatkan Koperal Jumali Awang Sah, 53, terbunuh di lokasi kejadian manakala rakan setugasnya yang memandu kenderaan itu, Koperal Jail Asan, 45, cedera parah dan patah tulang rusuk.
Difahamkan, kedua-dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok itu dalam perjalanan menuju ke arah Sungai Ruan bagi menjalankan tugas mengiringi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sumber: Kosmo