Article
Enam Ditahan Kereta Curi Bernilai Rm1 Juta Ditemui Semula
Polis menahan enam suspek yang aktif dalam kegiatan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan, sekali gus menemui semula 10 kereta curi pelbagai jenis bernilai RM...
Kuala Lumpur, 22 Febuari 2016 - Polis menahan enam suspek yang aktif dalam kegiatan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan, sekali gus menemui semula 10 kereta curi pelbagai jenis bernilai RM1 juta di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata kumpulan yang dikenali 'Geng Ah Seong' yang aktif sejak Disember lalu terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia antara 24 dan 34 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur minggu lepas.
"Polis turut menemui 10 kenderaan bernilai kira-kira RM1 juta yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang,"katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.
Beliau berkata sejak operasi 14 Feb lalu, polis berjaya menahan semua suspek dalam beberapa siri operasi termasuk seorang yang dipercayai ketua kumpulan itu yang ditahan di Jelutong, Pulau Pinang manakala tangkapan terakhir dibuat pada 20 Feb lalu di Dang Wangi di sini.
Menurutnya atas maklumat orang awam sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul menahan empat suspek di Pulau Pinang dan selebihnya di Kuala Lumpur.
"Dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis, tiga lagi pernah mempunyai rekod jenayah lampau manakala seorang lagi tiada rekod jenayah," katanya.
Munusamy berkata polis turut merampas sepucuk pistol tiruan dan peluru jenis Cobra Cooperation CCT F1-008-B Gas Power dari Taiwan dan tiga parang panjang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah.
Modus operandi kumpulan itu adalah memecah masuk rumah mangsa dan melarikan
kenderaan mangsa untuk kegiatan jenayah selain dijual di pasaran gelap.
"Dengan tertangkapnya anggota kumpulan ini polis percaya telah berjaya menyelesaikan 10 kes rompak, pecah rumah dan melarikan kenderaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun
Keseksaan," katanya.- BERNAMA