Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Strategi Lautan Biru Petugas Pdrm Atm Terima Lawatan Pm

Diterbitkan: 22 Feb 2016 2.09 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Kuala Lumpur, 22 Feb – Petugas keselamatan operasi bersama Angkatan Tentera (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati menerima lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak di Pavilion Mall, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/strategi-lautan-biru-petugas-pdrm-atm-terima-lawatan-pm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:19 MYT
Kuala Lumpur, 22 Feb – Petugas keselamatan operasi bersama Angkatan Tentera (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati menerima lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak di Pavilion Mall, di sini, hari ini.

Lawatan telah disambut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Ketua Polis Negara ketika sidang media berkata, Strategi ‘National Blue Ocean Strategy’ (NBOS) telah dilancarkan sekitar ibu kota bagi meningkatkan tahap keselamatan dan  keyakinan warga tempatan serta pelancong asing khususnya yang datang ke Kuala Lumpur.

“Kekuatan rondaan lebih 170 anggota ATM bersama PDRM dan bertugas selama 24 jam dan berdasarkan laporan polis, insiden yang berlaku di sekitar ibu kota adalah lebih kepada cubaan melakukan jenayah kecil", ujar beliau ketika ditanya mengenai perkembangan operasi itu.

Bercakap dalam majlis yang sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia turut menambah rondaan ini diinisiatifkan oleh Perdana Menteri sendiri untuk memberi keyakinan kepada masyarakat selepas terjadi insiden pengeboman berani mati di Jakarta.

Turut hadir adalah Menteri Pertahanan, YAB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pegawai Kanan ATM dan PDRM serta rakan-rakan media.

_MG_5632 copy
Persembahan Pacaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM)

_MG_4361 copy
Persembahan Pacaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM)

_MG_4457 copy
Petugas keselamatan operasi bersama Angkatan Tentera (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

_MG_5781 copy
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin (kiri) bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.menanti ketibaan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.

_MG_4443 copy
Ketibaan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.


_MG_5942 copy
Sekitar program Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri di Pavilion Mall.

_MG_4400 copy
Petugas keselamatan operasi bersama Angkatan Tentera (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

_MG_4541 copy
Program diakhiri dengan sesi sidang media.
ArtikelDiterbitkan 22 Feb 2016 2.09 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM