Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Pengedar Dadah Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm75 000

Published: 19 Jun 2014 3.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUANTAN, 28 Mac - Empat lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan polis bersama dadah bernilai RM75,000 di sebuah chalet di Kampung Cherating Lama dekat Cherating di sini Rabu lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-pengedar-dadah-ditahan-bersama-dadah-bernilai-rm75-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:02 MYT

KUANTAN, 28 Mac - Empat lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan polis bersama dadah bernilai RM75,000 di sebuah chalet di Kampung Cherating Lama dekat Cherating di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis turut merampas sepucuk pistol tiruan, sebilah pedang, sebilah pisau dan wang tunai RM400 dalam serbuan itu.

Katanya serbuan jam 6 petang itu dilakukan oleh sekumpulan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pahang yang diketuai ASP Wan Zulkifly Sahabaludin.

"Hasil pemeriksaan di dalam chalet itu polis menemui lima botol dadah jenis heroin seberat 20.7 gram, dadah jenis ganja seberat 248.6 gram, 2,000 biji pil kuda dan 119 biji pil ecstasy dengan jumlah keseluruhannya bernilai kira-kira RM75,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati tiga daripada suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun dan berasal dari Terengganu itu didapati positif dadah.

Empat Pengedar Dadah Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm75 000
Empat Pengedar Dadah Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm75 000
Empat Pengedar Dadah Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm75 000

Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM