Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jala Ikan Di Pesisir Pantai Empat Nelayan Ditahan

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pelabuhan Klang, 28 Mac - Empat nelayan kempunan hasil tangkapan apabila dicekup oleh Pasukan Polis Marin (PPM) ketika sedang menangkap ikan di kawasan kurang daripada 3 batu nautika dari pantai, sema..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jala-ikan-di-pesisir-pantai-empat-nelayan-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:42 MYT

Pelabuhan Klang, 28 Mac - Empat nelayan kempunan hasil tangkapan apabila dicekup oleh Pasukan Polis Marin (PPM) ketika sedang menangkap ikan di kawasan kurang daripada 3 batu nautika dari pantai, semalam.

Dalam kejadian pada awal pagi, sebuah botronda PGR 29 yang sedang menjalankan Operasi Pensura telah mengesan dua buah bot nelayan kelas B sedang menangkap ikan di perairan Laut Tanjung Karang.

Namun, kedua-dua bot terbabit gagal meloloskan diri daripada Polis Marin dan telah ditahan atas kesalahan melanggar syarat lesen dibawah Akta Perikanan 1985.

Keempat-empat nelayan warga tempatan bersama bot masing-masing dibawa ke jeti PPM P/Klang untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM P/Klang, DSP. Norzaid Muhammad Said berkata kedua-dua bot yang ditahan telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pelabuhan Klang untuk diambil tindakan selanjutnya.

"Bot nelayan kelas B seharusnya menjalankan operasi menangkap ikan di kawasan 5 batu nautika ke atas".

"Polis Marin memandang serius kesalahan ini kerana ia bukan sahaja merosakan ekosistem pesisiran pantai malah boleh mengakibatkan berlaku pergaduhan dengan nelayan pantai," katanya lagi.

Jala Ikan Di Pesisir Pantai Empat Nelayan Ditahan
Sumber : Pasukan Polis Marin Klang

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM