Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Janda Tauke Dadah

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru – Seorang janda berusia 51 tahun ditahan bersama seorang lelaki dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), Khamis lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/janda-tauke-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:41 MYT

Johor Bahru – Seorang janda berusia 51 tahun ditahan bersama seorang lelaki dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah di Bandar Baru Uda, polis menemui pelbagai jenis dadah dan alat menghisap syabu termasuk wang tunai disyaki hasil jualan dadah sebanyak RM 1,222.

Wanita terbabit yang tiada pekerjaan turut memiliki tiga rekod lampau berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang lagi suspek berstatus bujang berumur 35 tahun berkenaan bekerja sebagai pembantu stor kilang turut mempunyai empat rekod jenayah berkaitan kes dadah.

Semua dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM2,500 itu dipercayai boleh menampung bekalan 100 penagih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana memiliki heroin, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Janda Tauke Dadah
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM