Empat Pekerja Restoran Diberkas Salah Guna Dadah
Empat Pekerja Restoran Diberkas Salah Guna Dadah
KUANTAN,
9 April - Empat pekerja yang berada di bawah pengaruh dadah diberkas di
dalam sebuah bilik di sebuah restoran di Brinchang, Cameron Highlands
semalam.
Dalam
serbuan 3.20 petang itu polis turut menemui satu bungkusan plastik
mengandungi dadah jenis heroin seberat 32.14 gram dan syabu 5.63 gram
selain beberapa peralatan menghisap dadah.
Ketua
Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata
semua suspek berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan reman bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya.
"Semua
suspek disahkan positif penyalahgunaan dadah jenis syabu dan heroin,"
katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau
berkata serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan
Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands hasil
maklumat awam.
Siasatan
awal turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah
lampau membabitkan kesalahan dadah termasuk melarikan diri dari sebuah
pusat serenti di Kelantan.
Wan
Mohd Zahari berkata polis pernah membuat serbuan ke atas premis
berkenaan pada 8 April tahun lepas dan berjaya memberkas empat
pekerjanya yang didapati terbabit penyalahgunaan dadah. - BERNAMA