Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

200 Pil Kuda Dirampas Di Jerteh

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Setelah dihampiri, kedua-duanya melarikan diri ke dalam semak yang berhampiran dan menghilangkan diri dengan meninggalkan motosikal mereka...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/200-pil-kuda-dirampas-di-jerteh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:36 MYT

200 Pil Kuda Dirampas Di Jerteh

Besut, 8 April – Sebanyak 200 biji pil yaba atau kuda dirampas dari dua suspek yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di Kampung Pengkalan Sentol dekat Jerteh awal pagi semalam.

Bagaimanapun kedua-dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata anggota peronda pada mulanya ternampak dua lelaki berkenaan sedang duduk di atas motosikal masing-masing dalam keadaan mencurigakan.

"Setelah dihampiri, kedua-duanya melarikan diri ke dalam semak yang berhampiran dan menghilangkan diri dengan meninggalkan motosikal mereka.

"Setelah diperiksa motosikal itu, ditemui sebuah beg sandang yang di dalamnya terdapat 200 biji pil berwarna kemerahan dan kehijauan yang dibungkus dalam plastik," katanya. Kamaruddin berkata kedua-dua suspek akan ditahan tidak lama lagi. -BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM