Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Individu Ditahan Dipercayai Terlibat Dalam Pengedaran

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Lumut, 28 Okt - Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Jering, Ayer Tawar di sini semala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-individu-ditahan-dipercayai-terlibat-dalam-pengedaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:49 MYT
Empat Individu Ditahan Dipercayai Terlibat Dalam Pengedaran Dadah Di Lumut
 
>

Lumut, 28 Okt - Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Jering, Ayer Tawar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 sedang memasukkan dadah ke dalam paket kecil untuk dijual ketika serbuan pada pukul 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan polis menjumpai 150 paket plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 88 gram dianggar bernilai RM27,000 dan wang tunai RM2,000," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini, hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati kumpulan itu bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Ayer Tawar, Sitiawan dan Seri Manjung.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek positif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai enam rekod jenayah melibatkan dadah dan pecah rumah.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan berhampiran sebuah restoran di Seri Manjung, pada kira-kira pukul 11.30 malam, 22 Okt lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

Jaafar berkata lelaki itu ditahan ketika berada dalam sebuah kereta yang diletakkan di belakang restoran berkenaan.

"Polis menjumpai lebih 200 biji pil ecstasy seberat 72 gram yang bernilai kira-kira RM12,000 dalam kereta suspek," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM