Dua Individu Jual Tiket Palsu Piala Malaysia Diberkas
KUCHING
: Polis memberkas dua individu yang didapati menjual tiket palsu
perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang
pada Sabtu lepas.
Menurut
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Sarawak Supritenden Mohd Firdaus Abdullah, tangkapan itu
dibuat pada sebelah petang sebelum perlawanan di kawasan Stadium
Negeri.
"Dua
lelaki diberkas pada sebelah petang hari sama (perlawanan) kerana cuba
menjual tiket palsu pada harga RM40," katanya ketika dihubungi
pemberita, semalam.
Kedua-dua suspek itu yang masing-masing berumur 49 tahun dan 35 tahun, berasal dari Petra Jaya, di sini.
Firdaus memberitahu, kedua-dua suspek itu ditahan reman selama empat hari untuk mengetahui jika ia melibatkan sindiket.
Menurutnya, kedua-dua tiket mempunyai nombor siri sama yang dihasilkan melalui imbasan.
Kedua-duanya
sedang disiasat kerana menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih 10
tahun, dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
"Kami mahu tahu jika ada sindiket yang terlibat," katanya.