Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Edar Dadah Guna Khidmat Kurier

Published: 19 Jun 2014 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 3 Mac – Taktik baharu sindiket dadah dikesan menggunakan perkhidmatan kurier terbongkar apabila seorang lelaki warga asing ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 545 gram oleh sepasukan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/edar-dadah-guna-khidmat-kurier
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:42 MYT

Bukit Aman, 3 Mac – Taktik baharu sindiket dadah dikesan menggunakan perkhidmatan kurier terbongkar apabila seorang lelaki warga asing ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 545 gram oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada Februari lalu.

Suspek yang berumur 35 tahun merupakan seorang pelajar di institusi pengajian swasta tempatan ditahan di hadapan pejabat kurier di Nilai, Negeri Sembilan dan dipercayai hendak menggunakan perkhidmatan tersebut bagi tujuan mengedar dadah kepada pelanggan-pelanggannya.

Ekoran daripada penahanan suspek membawa kepada serbuan sebuah apartment di Petaling Jaya dan berjaya menemui plastik kecil berisi daun-daun kering dipercayai ganja seberat 173 gram.

Aktiviti penyeludupan dadah berjaya ditumpaskan hasil kerjasama Pasukan Khas Siasatan Bersepadu JSJN Bukit Aman dan Drug Enforcement Agency (DEA) dalam satu 'Op Bass' yang dilancarkan bagi membanteras pengedaran dadah merentasi sempadan.

Nilai rampasan dadah dianggarkan RM115,000 dan suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengesan ahli-ahli sindiket lain yang masih aktif.

Sumber : Jabatan Narkotik Bukit Aman

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM